suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecoh penyanyi bersekedudukan dengan suami orang, Nadeera Zaini terkejut nama kena petik

Nadeera terkejut dituduh sebagai perosak rumah tangga.

KECOH di media sosial dakwaan penyanyi sebuah program realiti televisyen dipercayai bersekedudukan dengan suami orang, tidak semena-mena nama Nadeera Zaini antara dipetik netizen.

Tampil menjawab tuduhan tersebut, Nadeera atau Farah Nadeera Zaini, 31, mengakui terkejut dengan khabar angin tidak masuk akal itu.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya individu itu bukan saya dan tiada kena mengena dengan saya.

nadeera 1

Antara komen yang menyebut nama Nadeera di ruangan komen.

"Saya tak tahu tentang cerita ini, ia tiada kena mengena dengan hidup saya," katanya ketika dihubungi mStar.

Enggan mengambil tahu mengenai kisah rumah tangga orang lain, Nadeera memberitahu dia kini hanya memberi tumpuan sepenuhnya terhadap karier seni.

Malah, fokusnya kini adalah untuk memenuhi harapan ibu bapa yang mahu melihat dia berjaya mencapai cita-cita.

ARTIKEL BERKAITAN: Suara dah sedap tapi pakaian pula tak kena! Netizen kritik penampilan Nadeera ketika persembahan TV di Indonesia

ARTIKEL BERKAITAN: Kehidupan Nadeera Zaini sudah banyak berubah, tak perlu lagi bergantung ‘job‘ menyanyi di kelab malam

"Saya hanya fokus tentang kerjaya saya dan mahu merealisasikan impian serta harapan ibu bapa saya," ujarnya.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan penyanyi sebuah program realiti televisyen didakwa bersekedudukan dengan suami orang.

Susulan dakwaan rata-rata netizen menyebut nama Nadeera memandangkan penyanyi berkenaan baharu sahaja membeli mikrofon.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain