suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Aslam dan Marissa bergegas tinggalkan majlis pelancaran produk, kunci mulut dakwaan bakal timang anak

Marrisa enggan mengulas lanjut dakwaan sedang berbadan dua.

PEMPENGARUH media sosial Marissa Dania Hakim memilih mengunci mulut berhubung dakwaan mengatakan dia sedang berbadan dua.

Marissa, 19, berkata, buat masa ini tiada sebarang perkara yang ingin dikongsi namun berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan dia.

"Tiada apa yang boleh saya kongsikan. Apa-apa pun terima kasih semua mendoakan yang baik-baik untuk saya.

marissa 1

Marissa memilih untuk mengunci mulut

"Itu saja yang boleh saya kongsikan sekarang ini," katanya kepada pemberita.

Marissa berkongsi perkara itu semasa menghadiri majlis pelancaran sebuah produk yang diadakan di ibu negara pada Rabu.

Dalam pada itu, Marissa yang turut ditemani suaminya iaitu Ahmad Aslam bergegas pulang sebaik sahaja majlis pelancaran produk berkenaan tamat.

ARTIKEL BERKAITAN: Masih ada rasa ralat, Abby Abadi doa Marissa bahagia hidup berpoligami... Kongsi pekerjaan menantu sara 2 isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Sedih Abby Abadi tengok Marissa Dania dah kurus, pesan anak belajar daripada pengalaman

Aslam yang memimpin tangan Marissa ketika diserbu pihak media memberitahu mereka mahu segera pulang dan enggan menggangu majlis yang sedang berlangsung.

“Majlis sedang berlangsung di dalam, kalau boleh saya tak nak ganggu,” katanya ringkas.

Sekitar Julai lalu, kecoh mengenai kehamilan Marissa timbul selepas netizen ternampak ‘baby bump’ ketika dia meraikan ulang tahun adiknya.

Pasangan ini bernikah di Thailand pada 27 Disember tahun lalu.

Sebelum ini Marissa menjadi bualan ramai apabila dia dan Aslam melangsungkan pernikahan di Thailand yang juga berstatus suami orang pada 27 Disember tahun lalu.

Spekulasi itu kemudiannya disahkan sendiri oleh ibunya yang juga pelakon dan penyanyi Abby Abadi pada 16 Mac lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain