suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lama menyepi, Raja Farah selamat bersalin anak keempat

Raja Farah selamat melahirkan cahaya mata perempuan.

LAMA menyepikan diri daripada dunia hiburan, pelakon Raja Farah memaklumkan selamat melahirkan cahaya mata keempat pada petang Ahad.

Farah atau Raja Farah Raja Aziz, 36, memberitahu dia selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 1.05 petang di sebuah pusat perubatan secara normal.

"Saya selamat melahirkan bayi perempuan semalam (Ahad), 9 Jun pukul 1.05 petang secara normal," katanya.

farah2 - 1

Raja Farah teruja menambah ahli keluarga baharu.

Farah berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram miliknya pada Isnin.

Menerusi hantaran berkenaan, Farah turut memuat naik foto bersama suami dan anak-anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Raja Farah tak merajuk, rindu dunia lakonan... Kini sedang hamil anak keempat

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Netizen terkejut Fauzi Nawawi tergamak cerita babak panas malukan Raja Farah - "Maaf... salah saya bersembang tak control, terlepas cakap"

Dalam pada itu, pelakon filem Anak Halal itu meluahkan rasa syukur dengan kelahiran cahaya mata keempatnya itu dan meminta pengikutnya mendoakan urusan berpantang dipermudahkan.

"Syukur Ya Allah, keluarga kami sudah berenam sekarang. Doakan urusan saya berpantang dipermudahkan," ujarnya.

Untuk rekod, Farah mendirikan rumah tangga dengan Iskandar Ismail pada 6 September 2015.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain