suria

Seminggu sakit perut, Pak Ya perlu jalani pembedahan buang batu dalam hempedu

Ilya dimasukkan ke hospital sejak Jumaat.

SELEPAS hampir seminggu mengadu sakit pada bahagian perut, pelakon dan pelawak Ilya atau Pak Ya bakal menjalani pembedahan membuang batu dalam hempedu.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh anaknya kenali sebagai Dahlia, 21, memberitahu doktor mengesahkan bapanya perlu menjalani pembedahan itu selepas melakukan ujian endoskopi dilakukan pada Sabtu.

"Hari Jumaat lalu ayah sendiri yang minta dibawa ke hospital. Kalau dia yang minta bermakna memang dia sudah tidak tahan. Selepas melakukan pemeriksaan terdapat batu dalam hempedu dan ayah perlu jalani pembedahan esok (Rabu).

ilya 2

Antara rakan yang menziarahi Ilya.

"Namun baru semalam (Isnin) proses pembedahan disahkan selepas doktor pakar jantung melakukan pemeriksaan. Ayah juga ada masalah jantung sebelum ini, jadi bimbang jika pembedahan tersebut memberi risiko," katanya ketika dihubungi mStar.

Ilya atau Ilya Buang Shaharum, 57, dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor sejak Jumaat lalu.

Tambah Dahlia, bapanya itu mula mengadu sakit pada bahagia perut sejak Rabu minggu lalu namun masih meneruskan aktiviti harian seperti biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Senario tergamam dapat berita Hamdan ditidurkan, tiada pilihan terpaksa teruskan persembahan

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau tak kurang ajar, tak kelakar”... Pak Ya tidak kecil hati jadi bahan lawak Sepahtu, tahu batas gurauan

Dia kemudian mendapatkan rawatan di sebuah klinik sebelum disarankan untuk melakukan pemeriksaan lanjut di hospital.

"Ketika melakukan pemeriksaan di klinik doktor sudah jangka terdapat masalah di hempedu, namun ayah enggan terus ke hospital. Katanya masih boleh bertahan dan hanya makan ubat.

"Sehinggalah dia sendiri yang minta untuk di bawa ke hospital. Selepas mendapatkan rawatan, sakit pada bahagian perut berkurang dan kini menunggu untuk pembedahan.

ilya 3

Ilya ambil masa rehat sebelum kembali bekerja.

"Ayah juga sentiasa ceria dan berselera makan. Syukur ramai rakan-rakan yang datang ziarah," jelasnya.

Menurut anaknya lagi, Ilya akan mengambil tempoh berehat selepas pembedahan dan bergantung kepada tahap kesihatan sebelum kembali mula bekerja.

"Tiada tawaran kerja dalam masa terdekat, jadi ayah boleh berehat. Kita akan pantau keadaan ayah sebelum benarkan dia kembali bekerja," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain