suria

Pesanan akhir Suhaimi Saad buat Ina Naim kuat, isteri bukan nombor satu disayangi

Ina reda pemergian suami tercinta.

PESANAN terakhir ditinggalkan Allahyarham Suhaimi Saad menjadi penguat semangat buat Ina Naim meneruskan kehidupannya bersama anak-anak.

Kata Ina atau Nordiana Mohd Naim, 40, sebelum suaminya itu menghembuskan nafas terakhir, arwah ada mengingatkan dirinya supaya sentiasa yakin Allah akan sentiasa menjaga mereka.

"Kali terakhir bercakap dengan dia (Suhaimi) saya ada bertanya siapa yang akan menjaga jika dia sudah tiada... katanya selama ini bukan dia yang menjaga, tetapi Allah.

ina naim 2

Suhaimi meninggal duni pada November 2023.

"Benar katanya itu. Semua berbalik kepada Allah. Allah yang akan menjaga kita termasuk memberi rezeki. Kata-kata tersebut juga membuatkan saya kuat," katanya.

Ina berkongsi perkara tersebut ketika bersembang bersama pengikut di sesi siaran langsung di laman TikTok miliknya.

Tambahnya setiap nasihat arwah juga membuatkan dia reda akan pemergian orang tersayang.

ARTIKEL BERKAITAN: Suhaimi Saad meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Suhaimi Saad sakit sejak Ogos, Ina Naim dedah suami mahu hidup sehingga usia 43 tahun sahaja

"Kalau bersembang dengan dia, semuanya tentang Allah. Malah dia pernah cakap saya bukan orang nombor satu kesayangannya. Pertama adalah Allah, kedua Rasullullah dan ketiga barulah saya.

"Sebab itu apabila dia sudah tiada, saya tidak terlalu bersedih tentang pemergiaannya. Kita juga akan lalui perkara sama, bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik nyawa," ujarnya.

Suhaimi atau Suhaimi Mohd Saad menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu pada 15 November tahun lalu akibat masalah kesihatan yang juga menyebabkan organ dalaman tidak berfungsi.

ina naim 3

Kenangan Suhaimi bersama anak-anak.

Suhaimi juga merupakan bekas anggota kumpulan nasyid Inteam.

Untuk rekod Ina dan Suhaimi mendirikan rumah tangga pada 12 Oktober 2007 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain