suria

Tayangan awal cecah RM1 juta, ‘Sheriff’ cipta sejarah tersendiri

Sheriff meraih kutipan sebanyak RM1 juta mengetepikan filem antarabangsa lain.

FILEM Sheriff berjaya melakar sejarah apabila meraih kutipan sebanyak RM1 juta pada tayangan awal pada 17 April lalu.

Karya terbitan Skop Production dan Astro Shaw ini berjaya mengalahkan filem antarabangsa lain apabila berada di kedudukan teratas Carta Top 10 panggung wayang Golden Screen Cinemas (GSC) Malaysia.

Pengarahnya, Syafiq Yusof, 31, menyifatkan pencapaian tersebut sebagai permulaan baik dan berharap penonton terus menyokong karya tersebut.

Untitled design (81)

Syafiq menyifatkan pencapaian sebagai permulaan yang baik.

"Alhamdulillah atas sambutan memberangsangkan pada tayangan awal semalam, ini adalah permulaan baik untuk Sheriff... Kami mengharapkan filem ini mampu menepati cita rasa penonton.

"Kami menjangkakan penonton akan pergi ke pawagam terutamanya pada hujung minggu ini untuk menyaksikan Sheriff.

"Ajak rakan-rakan atau keluarga meluangkan masa bersama menonton Sheriff yang memaparkan subjek ‘polis tangkap polis’ dengan lakonan mantap pelakon-pelakon tanah air," katanya menerusi satu kenyataan kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Syafiq Yusof puji Aaron Aziz, tetap teruskan babak aksi meski sedang sakit kaki

ARTIKEL BERKAITAN: Baru tahu Sharnaaz ada kekasih, Azira Shafinaz doakan terbaik... “Saya bukan jenis sibuk hal orang”

Sheriff mengisahkan tentang seorang anggota polis beranama Syerif dari Jabatan Integriti ditugaskan menyelesaikan kes 'Meth Killer' bersama Nazri dari Jabatan Narkotik.

Filem ini diterajui barisan pelakon handalan seperti Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Aaron Aziz dan Elizabeth Tan.

Filem berdurasi lebih dua jam itu mula menemui peminat pada 18 April di pawagam seluruh Malaysia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain