SUDAH mula bosan dengan rutin hariannya, usahawan sensasi Kak KM memberitahu dia sudah penat menguruskan hal rumah tangga seorang diri. Kak KM atau Liana Rosli berkata, keadaan rumahnya sudah berbeza memandangkan anak-anaknya sudah meningkat dewasa dan mula sibuk dengan urusan sendiri. "Aku penat dan bosan sebab rutin aku sama saja, aku pula tak suka rutin! "Macam kehidupan sekarang ini sudah terasa bahang benci itu sebab semuanya sudah ikut masa. Sampai aku bosan dengan perkara itu. Kak KM luah rasa kecewa mengenai keadaan rumahnya. "Sebenarnya tak bagus kalau kita buat semua seorang diri tapi bagus untuk semua orang dalam rumah sebab semuanya sudah tersedia," kongsinya. Kak KM berkongsi perkara itu menerusi Intsastory miliknya. Berkongsi lebih lanjut, Kak KM juga memberitahu keadaan rumahnya juga tidak terurus memandangkan dia menguruskan seorang sendiri. Jelasnya, selama ini dia hanya bertahan di dalam rumah berkenaan kerana ingin menguruskan anak bongsunya iaitu Cinta Carissa. ARTIKEL BERKAITAN: Selongkar rumah Kak KM, rajin siap goreng cekodok... Kongsi amalan selawat setiap pagi ARTIKEL BERKAITAN: Kak KM mengaku rumah kena pecah masuk, syukur polis berjaya jumpa barangan RM2.1 juta dalam sungai "Anak aku semua sudah besar-besar tinggal Cinta sahaja yang kecil. "Dalam rumah ini tiada tolak ansur, tolong menolong... Gotong royong apatah lagi. Semua macam neraka... bersepah! "Tak nak tolong, nampak sampah tutup mata!," luahnya. Dalam pada itu, Kak KM memberitahu dia sudah lama menyimpan hasrat ingin keluar daripada rumah berkenaan. Kak KM terus bertahan demi anak bongsunya. Namun hasrat tersebut tertangguh disebabkan membesarkan anak bongsunya itu. "Tapi inilah salah satu sebab kenapa Allah bagi aku Cinta Carissa, kalau ikutkan hati... aku bla daripada kehidupan sekarang ini. "Sebenarnya sudah lama aku memendam rasa. Cinta Carissa itu secara tak sengaja sebenarnya menghalang aku keluar dari rumah ini. Aku rasa aku patut blah!," jelasnya. Untuk rekod, Kak KM bersama suaminya Ramzan Ramli memliki empat orang cahaya mata bersama. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!