suria

Elly Arifin pergi berubat seorang diri sebab percaya ustaz, kesal pemakaian dikaitkan punca cabul

Elly mengakui dia pergi ke rumah ustaz itu kerana percaya dirinya tidak akan diapa-apakan.

PERKONGSIAN pengalaman pengacara Elly Arifin menjadi mangsa cabul seorang pengamal perubatan mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Selain rasa simpati, ada juga netizen menyalahkan Elly kerana dilihat seolah-olah menyerahkan diri dengan pergi ke rumah individu berkenaan pada waktu malam.

Tampil menjawab komen netizen itu, Elly atau Nurul Elyana Kamalul Arifin, 35, memberitahu dirinya tidak menyangka kejadian itu akan berlaku kerana dia dan keluarga sudah lama mengenali individu berkenaan.

Untitled design (3)

Elly mengakui dirinya terlalu percaya dan yakin terhadap ustaz berkenaan.

Tambahan pula, lelaki tersebut merupakan seorang pengamal perubatan Islam dan tidak mungkin tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu.

"Saya langsung tak terlintas untuk berfikiran buruk kepada ustaz itu kerana keluarga kami saling kenal rapat.

"Sebelum ini, saya pernah melihat dia mengubat orang, saya juga pernah menerima nasihat dari dia, sejujurnya dia nampak baik saja," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak terima mesej lucah, siap ada berani hantar gambar alat sulit... Elly Ariffin tak teragak-agak buat laporan polis

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri masih berbaik dengan Jiggy Masin, yakin Dhabitah bukan jenis cepat cemburu

Dalam pada itu, Elly turut meluahkan rasa kesal apabila ada netizen mengaitkan penampilannya menjadi punca gangguan seksual berkenaan.

Dalam hal ini, Elly berpendapat pemakaian tiada kaitan kerana pelaku tetap akan melakukan perbuatan terkutuk itu meskipun wanita berpenampilan menutup aurat.

Saya berdepan trauma yang sangat teruk selepas dari insiden itu, saya susah nak percaya lelaki.

ELLY ARIFIN

PENGACARA

"Saya percaya pakaian bukanlah isu utama, mana-mana wanita berisiko untuk menjadi mangsa gangguan seksual, walaupun mereka menutup aurat sekalipun,” ujarnya.

Gara-gara insiden hitam itu, Elly mengakui dia mengalami trauma dan sukar untuk mempercayai orang lain khususnya lelaki.

"Saya berdepan trauma yang sangat teruk selepas dari insiden itu, saya susah nak percaya lelaki walaupun mereka kawan saya sendiri," katanya.

elly - 1

Elly turut kesal apabila ada netizen mengaitkan penampilannya.

Sebelum ini, Elly berkongsi kisah hitam dicabul oleh seorang pengamal perubatan Islam sekitar dua tahun lalu.

Selepas tiga hari kejadian, Elly membuat laporan di Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur.

Individu berkenaan didakwa dan mengaku bersalah di mahkamah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain