suria

Azhan Rani tak digalak tidur bimbang serangan AMS, cuaca sejuk cabaran ke puncak Island Peak

Azhan berkongsi keadaan terkini sepanjang berada di Nepal.

SELEPAS seminggu berada di Nepal, pelakon Azhan Rani tidak digalakkan tidur bagi meneruskan pendakian ke Island Peak bagi mengelakkan sebarang komplikasi berlaku.

Azhan memberitahu disebabkan suhu semakin rendah dia juga tidak dapat menikmati makanan dengan baik disebabkan perubahan pada deria rasa.

Katanya lagi, sewaktu pasukan mereka tiba di salah sebuah hentian di Chukhung, Nepal, mereka terpaksa menahan mengantuk bagi membolehkan mengekalkan stamina sebelum meneruskan ke puncak gunung.

"Walaupun sudah sampai 11 pagi tadi di Chukhung kami tidak digalakkan tidur biarpun mata memang mengantuk sangat.

Azhan meneruskan perjalanan ke base camp Island Peak.

Azhan meneruskan perjalanan ke base camp Island Peak.

"Tidur awal hanya menyebabkan mudah sakit kepala dan serangan AMS iaitu sindrom mabuk gunung.

"Saya pujuk hati untuk makan. Makanan di sini tak perlu ceritalah dengan ketinggian dan suhu sekarang ini memang tak masuk dengan tekak Malaysia," katanya.

Azhan berkongsi perkembangan terkininya menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Azhan Rani bakal tawan Island Peak di Nepal, mungkin terpaksa mendaki ketika bulan Ramadan

ARTIKEL BERKAITAN: Kali keempat berjaya tawan Kinabalu, Azhan Rani diuji penyakit akut gunung

Dalam pada itu, Azhan turut memaklumkan dia dan pasukan pendaki akan meneruskan perjalanan ke Island Peak dengan suhu cuaca sangat mencabar.

Tambah pelakon drama Nur itu lagi, salah seorang pendaki dalam pasukannya terpaksa dibawa turun ke lokasi lebih rendah kerana mengalami paras oksigen yang rendah.

"Hari ini (Isnin) saya berada di Lobuche, Nepal, dalam perjalanan ke Island Peak. Cuaca di sini sangat sejuk dan kami akan menempuh perjalanan lebih jauh.

"Pasukan kami akan berpecah, tinggal lima orang pendaki akan menuju ke Island Peak termasuk saya. Lima lagi pendaki akan menuju ke Everest Base Camp.

azhan3 - 1

Azhan berkongsi rasa makanan di suhu rendah juga sudah tidak sama seperti biasa.

"Salah seorang pendaki terpaksa diturunkan dengan helikopter dari Lobuche ke tempat lebih rendah kerana paras oksigennya semakin rendah dan agak berbahaya untuk meneruskan pendakian," ujarnya.

Sementara itu, aktor berkenaan turut memohon orang ramai mendoakan urusannya dipermudahkan memandangkan bakal berdepan dengan cuaca sangat sejuk.

Cerita Azhan, selepas ini mereka hanya akan menginap di dalam khemah di mana ia jauh lebih mencabar kerana tidak mempunyai alat pemanas.

"Tolong doakan saya dan pasukan akan terus diberikan kesihatan yang baik dan akan mencapai impian untuk mendaki puncak gunung.

"Kami cuma risaukan cuaca semakin sejuk ketika di tempat lebih tinggi dan cabaran sebenar adalah di base camp Island Peak menuju puncak gunung.

Azhan mohon doa orang ramai agar pendakian mereka dipermudahkan.

Azhan mohon doa orang ramai agar pendakian mereka dipermudahkan.

"Setakat ini kami masih menginap di lodge dan selepas perhentian ini kami hanya akan menginap di khemah. Bayangkan duduk di lodge pun dah sejuk, ini pula di khemah yang tiada pemanas," katanya.

Sebelum ini, ketika ditemu bual mStar, Azhan berkongsi rasa teruja bakal menawan puncak Island Peak atau Imja Tse yang terletak di Taman Negara Sagarmatha di selatan Nepal.

Azhan berkata, pendakian setinggi 6,160 meter itu bakal menjadi pencapaian tertingginya selepas berjaya mendaki Gunung Kalapattar dan Everest Base Camp pada 2019.

Lebih mencabar, pendakian ke puncak Imja Tse bukan sahaja dilitupi salji tetapi dia bersama pasukannya berkemungkinan mendaki pada bulan Ramadan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain