suria

Penjurian AJL38 tidak lagi stereotaip, AG Coco puji persembahan sarat emosi Amir Jahari

AG (kiri) bersetuju dengan kemenangan Amir (kanan) di pentas AJL38.

PENJURIAN Anugerah Juara lagu ke-38 (AJL38) bukan lagi berdasarkan stereotaip apabila memilih lagu Hasrat sebagai juara pada malam Ahad.

Gitaris kumpulan Coco iaitu AG berpendapat penjurian acara itu tahun ini tidak lagi tertumpu kepada lagu genre balada yang memerlukan kekuatan vokal.

Katanya lagu ciptaan dan nyanyian Amir Jahari itu sendiri adalah karya kuat dan layak dipilih sebagai pemenang.

ag1 - 1

Persembahan Amir berjaya mengusik emosi penonton.

"AJL sudah kembali ke landasan tidak berpaksikan stereotaip yang keputusannya ke arah genre balada atau lagu dengan vokal bernada tinggi," katanya kepada mStar.

AG berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Showcase Jiwa Kacau 2024 yang diadakan di Star Boulevard Kuala Lumpur pada Isnin.

AG yang merupakan penyusun muzik Hasrat turut memuji persembahan Amir yang disifatkan sarat emosi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak fikir panjang muncul di AJL38, Beto Kusyairy kagum perjalanan seni Amir Jahari

ARTIKEL BERKAITAN: [V] AJL38 kemenangan pertama dalam karier, Amir Jahari masih rasa pelik

"Lagu Hasrat adalah contoh lagu terbaik dan puitis serta mempunya makna mendalam.

"Mesej disampaikan malam tadi juga menusuk hati sehingga mampu membuatkan ramai menangis," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, AG dan kumpulan Hujan bakal beraksi dalam Showcase Jiwa Kacau 2.0 bakal diadakan pada 22 Jun 2024 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Selain Hujan, showcase tersebut turut menampilkan kumpulan Bunkface, Kugiran Masdo dan penampilan istimewa Luqman Podolski serta kumpulan popular Indonesia Nidji.

ag2 - 1

Hujan bakal beraksi di Showcase Jiwa Kacau 2.0 Jun depan.

Menurut wakil penganjur MND Sport & Event Sdn Bhd iaitu Daniel Harith, penambahan dua lagi penyanyi iaitu Luqman dan Nidji bakal menghangatkan lagi malam pesta tersebut.

"Ini bermaksud akan ada enam penampilan penuh energatik yang akan menghiburkan penonton pada malam Showcase Jiwa Kacau 2024.

"Kami bangga mengunumkan kehadiran Nidji untuk menjadi satu-satunya kugiran terkenal Indonesia yang akan membuat showcase tersebut lebih 'kacau bilau'," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain