suria

Abby tak pernah kata anak kena buatan orang, kebergantungan hanya pada Allah

Abby sekeluarga kini sedang diuji dengan ujian hebat.

PELAKON Abby Abadi tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang anak perempuannya iaitu Marissa Dania Hakim terkena buatan orang.

Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 47, turut mempersoalkan tuduhan itu yang boleh menimbulkan fitnah terhadapnya.

"Bila masa pula saya keluarkan kenyataan ini? Baca dekat mana?

"Banyak sangat ke pahala mereka ini asyik keluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan fitnah pada saya?," katanya.

Abby menjawab soalan yang diajukan peminat di Instastory miliknya.

Abby menjawab soalan yang diajukan peminat di Instastory miliknya.

Abby berkongsi perkara itu sebagai menjawab soalan diutarakan pengikutnya mempertahankan pelakon itu tidak pernah memberitahu anaknya terkena buatan orang.

Dalam pada itu, aktres berkenaan turut dipuji kerana masih mampu tersenyum dan kekal tenang biarpun sedang diuji dengan dugaan hebat.

Kata Abby, dia menyerahkan segala urusan kepada Allah SWT dan turut memohon orang ramai mendoakan agar dia berada dalam keadaan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Aslam tak mampu poligami - Abby Abadi

ARTIKEL BERKAITAN: Ada netizen tak suka tengok Abby Abadi bahagia, serba tahu macam duduk serumah... "Siapa tidak puas hati tu pergi berubat"

"Bila kebergantungan hanya pada Allah, Insya-Allah segalanya akan tenang-tenang saja. Doakan yang baik-baik ya," ujarnya.

Pelakon drama Gerak Khas ini juga turut dilimpahi dengan kata-kata semangat yang memberi sokongan terhadapnya untuk terus kuat melalui ujian yang diterima.

"Semoga kak Abby sekeluarga bahagia dan dilindungi oleh Allah.

"Semoga Allah SWT berikan ganjaran terbaik dunia akhirat atas kesabaran kalian," tulis netizen.

Sebelum ini, menerusi satu temu bual bersama usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, Abby menyifatkan Aslam tidak berkemampuan untuk menjalani kehidupan poligami.

Abby masih mampu tersenyum biarpun sedang diuji.

Abby masih mampu tersenyum biarpun sedang diuji.

Abby mendedahkan perjumpaannya bersama Aslam juga tidak berjalan dengan baik selain kurang senang dengan pilihan Marissa untuk berkahwin pada usia muda.

Sejak tahun lalu, nama Marissa menjadi bualan ramai selepas dia dikatakan sebagai orang ketiga dalam rumah tangga Aslam bersama isterinya, Misya Mazlan.

Pada awal Februari lalu, Marissa sekali lagi menggemparkan orang ramai apabila muncul dakwaan dia dan Aslam melangsungkan pernikahan di Songkhla, Thailand tanpa pengetahuan keluarga.

Aslam menerusi temu bual bersama program Melodi yang disiarkan pada 26 Februari lalu enggan mengulas mengenai dakwaan tersebut selain minta diberi ruang menyelesaikan masalah tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain