suria

Fenomena ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ dapat pengiktirafan, Alif Satar terima anugerah khas juri KNKV Viral Award 2024

Alif mendapat pengiktirafan daripada KNKV Award selepas mencetus fenomena gerakan Geng Subuh Macam Jumaat.

FENOMENA Geng Subuh Macam Jumaat yang dimulakan oleh pelakon dan penyanyi Alif Satar akhirnya mendapat pengiktirafan.

Penganjur KNKV Viral Award 2024 menamakan Alif, 34, sebagai penerima trofi anugerah khas pilihan juri iaitu KNKV Laureate Influencer Award 2024.

Trofi itu secara tidak langsung mengiktiraf usaha dan komitmen Alif dalam memupuk kesedaran serta penyatuan umaah dalam mengimarahkan masjid untuk solat subuh.

NP-70

Kempen Geng Subuh Macam Jumaat menjadi fenomena selepas dimulakan oleh Alif Satar.

Malah fenomena itu bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi Alif turut berjaya meluaskan kempen tersebut ke luar negara seperti di Singapura, Indonesia, Dubai malah Korea Selatan.

Sementara itu, penganjur KNKV Viral Award 2024 turut memberikan trofi anugerah khas kepada tiga lagi figura yang banyak mencipta kejayaan dalam industri hiburan tempatan.

Bagi KNKV Laureate Film Director Award 2024, penganjur menganugerahkan kepada penerbit dan pengarah filem Adrian Teh atas kejayaannya menerusi filem Malbatt: Misi Bakara.

Filem berkenaan berjaya mengaut kutipan sebanyak RM34 juta sejak ia ditayangkan pada Ogos 2023.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Puteri Jannah didakwa beli ‘likes’ selesai... Penganjur KNKV Viral Award 2024 perjelas salah faham, bukan tuduh tapi sekadar ‘alert’

ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Shahirah kembali bergandingan dengan Tyzo, kendali Anugerah KNKV Viral Award 2024

Manakala bagi Trofi KNKV Viral Laureate Film Influencer Award 2024 pula menjadi milik vloger Zhafvlog.

Pempengaruh yang popular dengan kritikan filem di media sosial ini menjadi penanda aras untuk menarik penonton ke panggung wayang.

Dalam pada itu, nama pempengaruh media sosial iaitu Sofyank, 28, juga tidak ketinggalan selepas dia menerima trofi KNKV Viral Laureate Content Creator Award 2024.

Kreativiti Sofyank sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi, penciptaan kandungan digital luar biasa telah benar-benar melonjakkan nama Malaysia menjadi perhatian global dengan mempamerkan koleksi video yang disunting dengan kesan khas.

KNKV Viral Award 2024, sebuah majlis anugerah pengiktirafan kepada pempengaruh, pencipta Kandungan, platform tular dan saluran tular terulung di Malaysia.

NP-72

Zhafvlog, Adrien Teh dan Sofyank turut memenangi anugerah khas juri.

Sebanyak 16 kategori dipertandingkan termasuklah Pempengaruh Nasional Terbaik (Best National Influencer), Pencipta Kandungan Nasional Terbaik (Best National Content Creator) dan Platform/Saluran Nasional Terbaik (Best National Viral Page/Channel).

Malam anugerah KNKV Viral Award 2024 ini dipersembahkan oleh KNKV Group dan RTM, dianiurkan bersama KNKV Studios dan Eventopedia.

Maklumat lanjut berkenaan kategori dan calon-calon yang dipertandingkan boleh didapati di laman web rasmi KNKV Viral Award.

Anugerah KNKV Viral Award 2024 bakal berlangsung pada 20 Februari depan di Zepp Kuala Lumpur pada pukul 8 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain