suria

Belum diberi rezeki cahaya mata, Heliza Helmi pelihara kucing sebagai ganti

Heliza serahkan soal anak pada Allah SWT.

TIDAK pernah melatah apabila ditanya mengenai soal zuriat, penyanyi dan aktivis kemanusiaan Datin Seri Heliza Helmi menyerahkan soal cahaya mata kepada Allah SWT.

Heliza, 38, bagaimanapun berkata dia tidak pernah putus berdoa agar diberikan cahaya mata yang diredai oleh Allah SWT.

"Belum ada rezeki... doa-doakan. Saya pun sentiasa berdoa," katanya kepada mStar.

heliza 3

Heliza serahkan soal zuriat pada rezeki.

Kata Heliza, dia amat menyukai kanak-kanak sehingga memilih untuk memelihara beberapa ekor kucing bagi mengubati rasa tersebut.

"Saya suka budak-budak... sebab itu bela anak kucing sekarang ini.

"Gembira tengok saudara mara yang ada anak sebab kita pun perangai macam budak-budak," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Heliza Helmi dan suami tak cadang ambil tindakan, bersangka baik Fathia Latiff sedang berdepan ujian

ARTIKEL BERKAITAN: “Apa dia merepek tu?” - Tak pernah kenal atau jumpa Fathia Latiff, syarikat suami Heliza Helmi tiada perniagaan hartanah

Mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu, Heliza berkata dia ada bertanya kepada beberapa pendakwah terkenal mengenai dirinya yang masih belum bercahaya mata.

Malah dia juga disarankan untuk mengubah cara doanya agar lebih mudah berlapang dada dengan rezeki yang bakal dikurniakan.

"Saya ada minta Ustaz Wadi doakan saya untuk ada anak... dia cakap Allah tahu apa yang terbaik.

2521579

Usia perkahwinan Heliza dan suami sudah masuk dua tahun.

"Jangan minta doa untuk ada anak saja tapi minta doa anak yang Allah reda... jadi bila belum dapat lagi automatik akan reda.

"Bila dapat jawapan macam itu... hati saya menjadi lapang. Sebab kita tahu Allah yang susun bukan kita boleh beli anak itu.

"Jadi dia buatkan saya boleh fokus kepada benda lain sebab saya tahu belum masanya lagi," katanya lagi.

Untuk rekod, Heliza mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada 1 Januari 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Dua maut akibat letupan di kilang