suria

Sharifah Shahirah kembali bergandingan dengan Tyzo, kendali Anugerah KNKV Viral Award 2024

Gandingan Tyzo dan Kak Rara di KNKV Viral Award 2024 ubati rindu peminat.

PENYAMPAI radio Sharifah Shahirah diumumkan sebagai pengacara bersama Tyzo Xander Anugerah KNKV Viral Award 2024 yang bakal berlangsung 20 Februari 2024 di Zepp Kuala Lumpur.

Shahirah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Rara, 50, gembira apabila dia bakal bergandingan Tyzo yang merupakan bekas rakan sekerjanya di Suria FM sebelum ini.

“Sejujurnya saya senang dapat terus bekerja dengan Tyzo, dia paling kelakar dan terbaik.

knkv 1

Diana dan Azhar dua lagi pengacara untuk KNKV Viral Award 2024.

"Pastinya dia akan menjadi hos TV yang baik kerana bagi saya dia bijak dan peka dengan sekeliling," katanya menerusi satu kenyataan kepada mStar pada Sabtu.

Sementara itu, Tyzo berkata dia bersyukur apabila digandingkan bersama Kak Rara memandangkan ramai yang menyukai mereka.

“Bagi saya gandingan bersama Kak Rara sebagai penyampai radio sebelum ini adalah cukup hebat, saya akui saya dapat anugerah Penyampai Radio Popular ABPBH ke-35 kerana bergandingan dengan dia.

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat undian tertinggi, nama Puteri Jannah gugur didakwa beli ‘likes’... Ibu minta penganjur Anugerah KNKV perbaiki sistem

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Puteri Jannah didakwa beli ‘likes’ selesai... Penganjur KNKV Viral Award 2024 perjelas salah faham, bukan tuduh tapi sekadar ‘alert’

"Alhamdulillah ramai pendengar suka dengan gandingan kami, kali ini pasti lebih istimewa kami ditemukan jodoh sekali lagi atas pentas anugerah berprestij dan live di TV pula," ujarnya.

Selain Kak Rara dan Tyzo sebagai pengacara, Azhar Jalil dan Diana Rusdi turut menjadi hos Anugerah KNKV Viral Award 2024.

KNKV Viral Award 2024 adalah sebuah majlis pengiktirafan kepada Pempengaruh (Influencer), Pencipta Kandungan (Content Creator), Platform Tular (Viral Page) dan Saluran Tular (Viral Channel) terulung di Malaysia.

m

mStar turut tercalon dalam anugerah KNKV Viral Award 2024.

Sebanyak 16 kategori dipertandingkan termasuklah Pempengaruh Nasional Terbaik (Best National Influencer), Pencipta Kandungan Nasional Terbaik (Best National Content Creator) dan Platform/Saluran Nasional Terbaik (Best National Viral Page/Channel).

Malam anugerah KNKV Viral Award 2024 ini dipersembahkan oleh KNKV Group dan RTM, dianjurkan bersama KNKV Studios dan Eventopedia.

Maklumat lanjut berkenaan kategori dan calon-calon yang dipertandingkan boleh didapati di laman web rasmi KNKV Viral Award.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain