suria

Risau salah pilih pasangan, anak-anak tak bagi Shuhada kahwin lagi 

Shuhada akui ada yang cuba mendekatinya selepas bercerai.

BEKAS isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada belum bersedia membuka pintu hati mencari pengganti bagi mengisi kekosongan hati.

Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, berkata, keputusan itu dibuat kerana dua anaknya tidak membenarkan dia berkahwin lagi kerana bimbang dia akan tersakiti.

"Anak-anak trauma dan tak izinkan saya kahwin sebab risau salah pilih pasangan dan menangis lagi.

shuhada 1

Shuhada utamakan emosi anak-anak.

"Saya memang nak jaga emosi anak-anak, berikan kebahagiaan buat mereka dan tak mahu mereka membesar dalam suasana tidak elok," katanya kepada mStar.

Shuhada berkongsi perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru bagi menghadiri perbicaraan kes pukul melibatkan Hafidz pada pagi Selasa.

Dalam pada itu, Shuhada berkata, selain faktor anak-anak, dia sendiri trauma membuka hati buat lelaki lain selepas apa berlaku dalam perkahwinannya sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuhada naik bas ke mahkamah hadir perbicaraan kes pukul, Hafidz Roshdi tak hadir sebab sakit

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi tamat zaman duda, kini suami Athira Yuhada

"Buat masa sekarang ini saya memang trauma dan takut apa akan jadi selepas ini.

"Memang ada cuba dekati saya dan anak-anak tapi saya anggap hanya kawan sahaja sebab hendak mulakan hubungan baru itu saya kena sembuhkan diri sendiri dahulu," ujarnya.

Sementara itu, Shuhada memberitahu fokus utamanya ketika ini hanya mencari kebahagiaan buat kedua anaknya iaitu Humairah dan Umar.

hafidz roshdi 1

Shuhada tidak terfikir cari pengganti Hafidz.

"Sekarang ini bukan masanya mencari pengganti mahupun kejar dunia sebab yang penting nak didik anak-anak.

"Nak jaga mereka elok-elok sebab tak mahu mereka mengulangi kesilapan macam saya dan kalau boleh nak capai cita-cita tertangguh dulu," ujarnya.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun pasangan tersebut disahkan bercerai pada 27 Julai tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berikut

Ibu mentua Ajai meninggal dunia

Artikel Lain