SUAMI kepada Allahyarham pelakon Azean Irdawaty iaitu Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi meninggal dunia pada petang Ahad. Berita pemergian Allahyarham disahkan oleh anak bongsunya iaitu Ineesa Irdayanty menerusi hantaran di Facebook miliknya. Ineesa memaklumkan arwah bapanya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada pukul 5.12 petang. Allahyarham Khairil meninggal dunia pada usia 72 tahun. Allahyarham berusia 72 tahun. Menerusi hantaran sama, Ineesa meminta agar orang ramai sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Info mengenai urusan jenazah belum dapat dipastikan namun Inessa akan berkongsi maklumat tersebut selepas mendapat pengesahan daripada pihak hospital. Sementara itu, menerusi perkongsian terdahulu Ineesa di media sosial, Khairil sebelum ini menderita penyakit angin ahmar dan masalah jantung. ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Azean Irdawaty Meninggal Dunia ARTIKEL BERKAITAN: Benjy anak Azean Irdawaty meninggal dunia di Hospital Medan Indonesia Rakan artis Sharifah Shahira turut memuat naik berita pemergian Khairil di media sosial miliknya. Kata penyampai radio Suria FM itu, arwah sering mesej bertanya khabar serta mengikut rapat perkembangan stesen radio berkenaan. Rata-rata netizen juga mendoakan agar segala urusan jenazah dipermudahkan. Untuk rekod, Azean meninggal dunia pada 17 Disember 2013 akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser payudara. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!