suria

Fizz Fairuz, Chiwan dan Kai Hassan penyampai baharu Suria FM

Sidang media Suria FM diadakan di Menara Star, Petaling Jaya pada Jumaat.

PELAKON Datuk Fizz Fairuz, Chiwan dan Kai Hassan merupakan tiga nama yang diumumkan sebagai barisan penyampai baharu stesen radio Suria FM bermula 21 Januari ini.

Teruja menerima tawaran tersebut, Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin, 46, berharap kehadirannya diterima baik pendengar Suria.

“Ini perkara baru dalam hidup saya. Dengan tugasan ini jadual akan berubah dan saya boleh belajar bekerja mengikut waktu pejabat.

photo1705664809 (1)

Fizz, Chiwan dan Kai merupakan tiga penyampai baharu Suria FM.

“Apabila ditawarkan saya tidak keberatan untuk menerima. Semoga dapat memberi kelainan kepada pendengar,” katanya.

Fizz ditemui ketika majlis sidang media memperkenalkan penyampai baharu dan seleksi program menarik Suria 2024 yang berlangsung di Menara Star, Petaling Jaya pada Jumaat.

Sebelum sah memulakan tugas, Fizz sebelum ini beberapa kali tampil sebagai penyampai jemputan untuk Segmen Morning Morning Suria.

ARTIKEL BERKAITAN: Segmen Suria Petang kendalian Tyzo menunjukkan penurunan punca kontrak tak disambung

ARTIKEL BERKAITAN: DJ Lin terasa hati baca komen netizen, minta jangan kaitkan anak-anak

Sementara itu, Kai atau Abdul Karim Hassan juga meluahkan rasa teruja dan tidak teragak-agak untuk memberi kata setuju selepas menerima tawaran itu.

“Bekerja di bawah stesen Suria juga salah satu impian saya. Jadi memang tidak ada masalah untuk saya terima tawaran ini.

“Syukur Suria sudi memberi tawaran meskipun saya bukanlah nama besar dalam bidang penyiaran,” ujarnya.

Sementara itu, Pengurus Besar Suria iaitu DJ Lin atau Roslinda Abdul Majid berkata penyertaan tiga nama ini diharap mampu mengukuhkan lagu jenama stesen berkenaan menjelang sesi 'radio survey' bulan depan.

Sidang media Suria FM diadakan di Menara Star, Petaling Jaya pada Jumaat.

Sidang media pengumuman penyampai baharu Suria FM.

“Ini merupakan salah satu langkah seiring dengan keperluan semasa untuk memantapkan dan kukuhkan lagi barisan penyampai,” jelasnya.

Fizz bakal bersiaran untuk segmen pagi bersama Ajak dan Suraya.

Chiwan pula akan bergandingan bersama Shahrifah Shahirah untuk segmen Suria Petang mengganti Tyzo yang ditamatkan perkhidmatan bermula 12 Januari lalu.

Manakala Kai pula akan mengendalikan segmen Morning Morning Suria dan Carta Suria Top 40 menggantikan Suraya sementara cuti bersalin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain