suria

Fathia Latiff rupanya ada darah kacukan, dedah daripada keturunan diraja Jepun

Fathia baru tahu dirinya ada darah berketurunan diraja Jepun.

PERCUTIAN pelakon Fathia Latiff ke Jepun sejak beberapa hari lalu membongkar beberapa rahsia yang tidak pernah diketahuinya sebelum ini.

Fathia atau Nur Fatiya Abdul Latiff, 37, mendedahkan dia sebenarnya mempunyai darah keturunan diraja dari negara matahari terbit berkenaan.

Jelasnya, dia sebelum ini mengetahui mempunyai darah campuran Jepun namun tidak mengetahui tentang asal usul daripada keluarga di raja.

size NP 1 (9)

Fathia sekarang sedang bercuti Jepun bersama teman lelakinya.

"Saya tahu ada darah Jepun tapi tak tahu pula keturunan diraja Jepun," katanya.

Fathia berkongsi mengenai perkara itu ketika membuat video siaran langsung di Instagram miliknya.

Susulan pendedahan itu, ramai terkejut dan menganggap aktres itu sedang berhalusinasi kerana wajahnya tidak menggambarkan mempunyai kacukan Jepun.

ARTIKEL BERKAITAN: “Just married” - Netizen ragu Fathia sudah kahwin, jejaka dalam foto tak kacak macam digambarkan

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan nak hancur rumah tangga Zahirah MacWilson, Fathia sudah ada teman lelaki hot daripada Aiman

"Kalau dia kata ada kacukan Arab atau Inggeris mungkin percaya tapi di raja Jepun?

"Semakin hari semakin luculah Fathia ini. Mungkin boleh pertimbang karier dalam komedi?," antara komen netizen.

Sementara itu, Fathia tidak menafikan percutiannya di Jepun turut disertai teman lelakinya namun mereka tidak tinggal sebilik.

tak tahu pula keturunan diraja Jepun.

FATHIA LATIFF

PELAKON

Malah ketika mengadakan video siaran langsung itu, jejaka berkenaan tidak ada bersamanya tetapi berada di bilik sebelah.

"Boyfriend saya, dia dekat bilik sebelah," katanya.

Sebelum ini, Fathia ada berkongsi gambar bersama seorang jejaka dengan kapsyen 'just married' atau sudah berkahwin di Instagram miliknya yang menimbulkan tanda tanya netizen.

size NP 1 (10)

Nama Fathia menjadi bualan warganet sejak seminggu lalu.

Sejak seminggu lalu nama Fathiya menjadi bualan hangat apabila dia kerap berkongsi luahan dan pendapat di media sosial yang mengundang kontroversi.

Selain menyamakan pelakon Zahirah MacWilson sebagai pembantu rumah, dia turut 'berperang' dengan bekas teman baiknya iaitu Zarina Anjoulie.

Terbaharu, dia mendakwa suami kepada Datin Seri Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman gagal menyiapkan rumah miliknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain