suria

Cik B tolak tawaran Vida beli Brabus, sudah senarai pendek 3 model pilihan - “Suka G-Wagon tapi Lamborghini Urus pun menarik”

Cik B tolak pelawaan ibu untuk beli kerete mewah jenama Brabus.

PERKONGSIAN video ke pusat jualan kereta mewah anak kepada usahawan sensasi Datuk Seri Vida di TikTok mengundang pelbagai reaksi warganet.

Mana tidaknya, Cik B atau Nur Edlynn Zamilleen, 19, kelihatan rambang mata mahu memilih kenderaan mana untuk dibeli sehinggakan ibunya menawarkan kereta jenama Brabus namun ditolak.

Ramai iri hati dengan Cik B kerana kereta ditawarkan Vida kepadanya adalah lebih mahal berbanding beberapa jenama lain pilihannya.

Menjawab mengenai perkara itu, Cik B berkata, dia menolak tawaran Vida kerana sedar Brabus lebih mahal dan mahu memilih model lebih murah sebagai kereta pertamanya.

size NP 1 (1)

Vida tawar Cik B untuk beli kereta jenama Barabus.

"Saya bukan apa kalau boleh saya nak kereta yang paling murah. Brabus itu lebih mahal dalam RM300,000 berbanding model yang saya mahukan.

"Selagi dapat jimat, memang saya akan pilih kereta lebih murah," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Cik B memberitahu dia sudah pun membuat senarai pendek kereta pilihannya namun masih belum membuat sebarang keputusan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak Vida bangga tunjuk duit dalam akaun bank, terkejut belanja lebih RM1 juta sebulan

ARTIKEL BERKAITAN: “Anak mama yang hebat!” - Bawa Vida jalan-jalan naik kereta baharu, Cik B jawab tuduhan beli lesen terbang

Tiga kereta yang menjadi pilihannya adalah Mercedes G-Wagon AMG G63, Range Rover SVR dan Lamborghini Urus yang dianggarkan berharga RM1 juta.

"Saya dah sedia nak beli kereta pertama tapi sekrang hati sedang berbelah bahagi mahu model yang mana.

"Jadi saya kena pilih yang betul-betul ikut kemahuan saya dan buat masa sekarang saya nak Mercedes G-Wagon AMG G63.

size NP 1 (2)

Cik B mahu beli kereta unutk kegunaan harian ke pejabat.

"Tapi pada masa sama saya suka juga Lamborghini Urus dan Range Rover SVR," katanya.

Tambah Cik B, dia akan berkongsi kepada peminat mengenai pilihannya di media sosial pada Februari nanti.

Ditanya mengenai kegunaan kereta itu nanti, Cik B memberitahu kenderaan itu akan digunakan untuk ke pejabat dan kegunaan harian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain