suria

Bukan nak hancur rumah tangga Zahirah MacWilson, Fathia sudah ada teman lelaki hot daripada Aiman 

Fathia mengakui sudah mempunyai teman lelaki.

PELAKON Fathia Latiff tidak berniat untuk merampas atau menghancurkan rumah tangga Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson ekoran mengeluarkan kenyataan yakin aktor itu masih mencintainya.

Jelas Fathia atau Nur Fatiya Abdul Latiff, 36, dia sudah mempunyai teman lelaki dan kekasihnya itu lebih kacak berbanding Aiman.

Bagaimanapun Fathia tidak merancang untuk mendedahkan identiti atau wajah jejaka berkenaan.

Fathia 2

Fathia baru-baru ini mendapat banyak perhatian orang ramai.

"Bukan saya nak menghancurkan rumah tangga orang tapi boyfriend saya lagi 'hot' daripada suami dia (Zahirah).

"Jadi buat apa saya nak rampas," katanya.

Fathia berkongsi perkara itu menerusi sesi siaran langsung yang dibuat menerusi TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat pusingan ‘U’ komen wajah Zahirah macam bibik, Fathia Latiff kongsi foto bersama Aiman - “Saya tahu awak masih cintakan saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Fathia Latiff yakin Zahirah, Aiman tak berani saman... Siap kongsi foto pencapaian, bibir tebal original sejak lahir

Sejak beberapa hari lalu, Fathia kembali menjadi perhatian ramai apabila dia kerap berkongsi secara terbuka kisah lama selain membandingkan dirinya dengan Zahirah.

Kenyataan dibuat Fathia menimbulkan kemarahan netizen selepas mengelarkan Zahirah sebagai wanita memiliki wajah seperti bibik atau pembantu rumah.

Ia semakin berlarutan apabila memuat naik gambar lama dia bersama Aiman Hakim dengan beranggapan bekas kekasihnya itu masih menyayanginya.

Fathia 1

Aiman dan Zahirah tidak mengendahkan kontroversi yang melanda dirinya.

Pada satu hantaran berbeza dia turut memuat naik satu keratan lama akhbar temu bual Aiman yang bercakap tentang dirinya.

Bukan itu sahaja, perseteruan antara Fathia dan pelakon Zarina Anjoulie juga terbongkar apabila kedua-duanya saling berbalas kenytaan di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain