suria

Kemenangan bukan sebab hos Pentas Marhaban, kontroversi tak ganggu tumpuan Al Maqari 

Al Maqari juara Pentas Marhaban musim pertama.

JUARA Pentas Marhaban terbitan TV Al-Hijrah iaitu Al Maqari tidak melihat kemenangan mereka ada kena mengena dengan hos pertandingan berkenaan iaitu Tilmiz Fahmi yang juga anggota kumpulan tersebut.

Ketua kumpulan Al Maqari iaitu Ahmad Ibrahim Azam berkata sekiranya perkara itu menjadi isu dia percaya sejak awal pihak produksi akan memaklumkan tentangnya selain mereka tidak layak bertanding.

"Nak kata tak adil itu pun tidak juga, kami juga lalui proses uji bakat sama macam orang lain. Kalau kami tidak boleh masuk (disebabkan Fahmi) pasti pihak produksi akan beritahu lebih awal.

"Kami diterima sama seperti kumpulan lain cuma kelebihan kami mungkin pada individu," katanya kepada mStar.

msg-592864573-11632

Al Maqari (kiri) bersama juri dan Qalbun Hadi (kanan).

Ibrahim berkongsi perkara itu semasa ditemui di Pentas Marhaban Pentas Akhir yang berlangsung di studio TV Al Hijrah pada malam Sabtu.

Al Maqari diumumkan sebagai juara program berkenaan sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000.

Kemenangan itu mengalahkan tiga kumpulan lain iaitu Al-Muhtadin, Qalbun Hadi dan Raudhatul Ashwaq yang masing-masing membawa RM25,000 dan RM10,000.

ARTIKEL BERKAITAN: Al Maqari bertanding di ‘Pentas Marhaban’, Tilmiz Fahmi jawab fitnah dapat keistimewaan sebagai hos

ARTIKEL BERKAITAN: TV AlHijrah tak pilih bulu, sesiapa pun layak jadi tetamu macam Kak Long 7E... Cumanya kisah sebelum ini tak viral!

Mengulas mengenai kemenangan mereka, Ibrahim memberitahu suara-suara yang mempertikaikan penyertaan mereka tidak menganggu tumpuan sepanjang pertandingan.

Malah katanya, dia dan Fahmi bersikap profesional sepanjang lapan minggu program itu berlangsung.

"Kami memang sudah sedia maklum yang Fahmi akan jadi pengacara dan dia memang merupakan sebahagian daripada kumpulan kami.

Kami anggap ini rezeki untuk ketengahkan bakat kami.

AHMAD IBRAHIM AZAM

KETUA AL MAQARI

"Al Maraqi dan Fahmi memang ada kaitan cuma sepanjang Pentas Marhaban hubungan kami tidak lebih sebagai pengacara dan peserta. Kami profesional dan penglibatan Fahmi juga telus," jelasnya.

Tugasan akhir Pentas Marhaban dibahagikan kepada tiga iaitu marhaban dan rawi, penceritaan serta qasidah.

Program realiti yang disiarkan selama lapan minggu itu diadili sepenuhnya oleh juri tetap iaitu Asni Mansor dan Ustaz Zulhafis atau lebih dikenali sebagai Along Gambus serta Hasim Harun selaku juri jemputan.

msg-592864573-11631

Al Maqari mahu ketengahkan bakat yang dimiliki.

Pemarkahan diberikan berdasarkan gaya persembahan, pakaian, lagu, solo dan harmoni.

Pentas Marhaban akhir turut dimeriahkan dengan persembahan kumpulan Rabbani dan Daqmie.

Selain Fahmi, program itu turut dihoskan oleh Syamsul Ghau Ghau.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain