suria

Jilid Akhir Ella Puteri Kota ke Kota Kinabalu, sebahagian jualan tiket diderma kepada Palestin

Ella bakal sumbangkan sebahagian daripada keuntungannya untuk Palestin.

SELEPAS kejayaan penganjuran konsert Jilid Akhir Ella Puteri Kota di Pulau Pinang, ratu rock negara Ella bakal bertemu peminat di Kota Kinabalu Sabah pada 20 Januari 2024.

Ella atau Nor Zila Aminuddin, 56, berkata, konsert itu juga diadakan bagi menyokong masyarakat Palestin di mana sebahagian jualan tiket akan disumbangkan melalui tabung Cinta Gaza Malaysia.

"Terima kasih buat semua yang ‘support’ solidariti saya terhadap Palestin melalui sumbangan kepada tabung Cinta Gaza Malaysia.

"Ia salah satu cara kita dapat membantu secara fizikal dan sudah pastinya doa dari semua," katanya.

IMG_4219

Ella terkesan dengan peperangan di Palestin.

Dalam konsert berkenaan, Ella bakal mendendangkan hampir 40 lagu hitnya seperti Belenggu, Tiada Tangis Lagi, Sujud, Prinsip, Anak Patung, Retak dan banyak lagi.

Malah konsert berkenaan bakal turut diserikan dengan beberapa penampilan istimewa penyanyi yang masih lagi dirahsiakan.

ARTIKEL BERKAITAN: 10,000 tiket terjual dalam tempoh 24 jam, konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota dapat pengiktirafan Malaysia Book of Records

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tiada istilah bersara, Ella umum konsert sempena 35 tahun sebagai penyanyi

Pada malam itu, Ella juga akan berduet dengan suami tercinta Kapten Azhar Ghazali menerusi lagu Peace Love Rindu dan Mendung Tak Bererti Hujan.

Buat yang berminat, tiket sudah mula dijual di Hitmanlive.com dengan harga serendah RM98 sehingga RM358.

IMG_4214

Persembahan istimewa daripada Ella dan suami.

Ketika di konsert Pulau Pinang lalu, Ella muncul dalam busana serba putih membawa bendera Palestin memberi simbolik solidariti terhadap rakyat negara itu.

Malah hasil jualan tiket konsert berkenaan Ella telah menyumbang lebih RM30,000 buat rakyat Gaza, Palestin menerusi tabung yang disalurkan kepada Persatuan Cinta Gaza Malaysia.

“Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa buat saudara kita yang terkorban dan sedang bergelut dengan konflik peperangan di sana, ‘free Palestine’!”

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain