suria

Pilih ‘circle', bergaul dengan agamawan cara Zizi Kirana kekal istiqamah... Syukur tak pernah terdetik buka tudung

Zizi cuba mendekati orang-orang yang sama mahu mempelajari agama.

MEMILIH kelompok rakan dan orang sekeliling yang betul adalah cara penyanyi Zizi Kirana kekal istiqamah dalam penampilannya itu.

Kata Zizi atau Nur Fazelah Mad Tahil, 38, dia juga sentiasa mendapatkan bimbingan orang-orang yang arif dalam bidang agama supaya perjalanan hijrahnya itu tidak terpesong.

zizi kirana 22

Zizi akui ada ketika dia juga lalai tentang agama.

"Ketika bercakap dalam mana-mana majlis sebelum ini ramai yang bertanya tentang istiqamah, tetapi soalan itu susah saya nak jawab.

"Cuma saya sentiasa dapatkan tunjuk ajar ustazah dan mereka kata pilih circle yang betul. Cari orang sekeliling yang sama-sama mahu menuju jalan kebaikan tapi ingat itu bukan bermakna kita membuang kawan-kawan lama.

"Persekitaran kita memainkan peranan untuk terus kekal. Sebenarnya takut juga andai saya tidak istiqamah," katanya kepada mStar.

Zizi bagaimanapun berkata itu bukanlah bermaksud dia menjauhi rakan-rakan industri yang masih belum mengenakan hijab.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Zizi Kirana keguguran selepas dua bulan kahwin, sentiasa semak kitaran haid untuk kembali hamil

ARTIKEL BERKAITAN: Sering ditanya mengenai anak, Zizi Kirana tetap sabar menanti... “Kita yakin rezeki akan tiba waktunya”

Dalam pada itu, Zizi turut meluahkan rasa syukur kerana hatinya tidak pernah sedikit pun terdetik untuk membuka tudung selepas tampil dengan imej itu sejak hujung tahun 2021.

Malah suaminya iaitu pelakon Yusuf Bahrin juga menjadi penguat semangat untuknya sama-sama mendalami ilmu agama.

"Syukur setakat ini tidak pernah lagi terdetik nak buka tudung. Suami pun selalu ingatkan saya dan kami sama-sama dekatkan diri dengan agama.

Kisah dahulu semua sudah lepas, saya jadikan pengajaran

ZIZI KIRANA

PENYANYI

"Saya sentiasa ingat niat awal saya berhijrah dahulu. Benar ada ketika kita lalai dan sebab itu saya selalu ingat apa yang membuatkan saya terdetik untuk hijrah," ujarnya.

Menyedari dirinya tidak boleh lari daripada imej seksi sebelum ini, Zizi menganggap apa yang berlaku sebelum ini sebagai pengajaran dan proses kematangan dirinya.

zizi kirana 1

Suami menjadi penguat semangat Zizi.

"Kisah dahulu semua sudah lepas, saya jadikan pengajaran. Itu juga satu proses Allah telah aturkan untuk saya menjadi Zizi Kirana seperti hari ini.

"Yang buruk sebelum ini adalah perbuatan saya sendiri," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain