suria

Selepas bersara sukan bola sepak, Safee Sali terima tawaran jadi penyampai radio Era... Mula tugas 12 Ogos ini

Shafee teruja mengendalikan segmen baharu Super Safee ERA.

BEKAS pemain bola sepak kebangsaan iaitu Safee Sali dipilih menjadi personaliti jemputan stesen radio Era mengendalikan segmen baharu 'Super Safee ERA' bersiaran setiap hujung minggu.

Safee atau Mohd Safee Mohd Sali, 39, berkata dia tidak menyangka menerima tawaran daripada radio berkenaan sehari selepas mengumumkan bersara dalam arena bola sepak.

Kata Safee, dia bersama pihak pengurusan mengambil masa agak lama untuk mempertimbangkan tawaran berkenaan.

safeee1 - 1

Safee tidak menyangka diberi tawaran terjun ke bidang radio selepas bersara.

"Tawaran ini hadir selepas saya bersara tempoh hari. Saya pun terkejut Era memanggil saya untuk berbincang sehari selepas saya bersara.

"Sudah tentu saya berfikir dahulu sebelum menerima tawaran. Banyak perkara yang perlu saya pertimbangkan... daripada bidang sukan terjun pula ke radio," katanya kepada mStar.

Safee berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di majlis sambutan ulang tahun ke-25 radio Era yang diadakan di Nu Sentral, Kuala Lumpur pada Jumaat

Super Safee ERA merupakan segmen yang berkongsi info terkini berkaitan sukan tempatan dan antarabangsa yang merangkumi berita, topik perbualan dan temu bual bersama tetamu undangan dari dalam dan luar bidang sukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Shiera, Suria FM tunai impian remaja sakit kanser jumpa Safee Sali

ARTIKEL BERKAITAN: "Hati-hati janji manis pengurusan kelab" - Safee sedih kenangkan nasib pemain muda Perlis

Segmen tersebut akan ke udara mulai 12 Ogos, setiap hari Sabtu, pukul 10 pagi.

Tambah Safee lagi, menerusi segmen yang akan dikendalikan, dia tidak hanya mengulas tentang sukan, malah tetamu yang bakal diundang juga tidak terhad kepada ahli sukan sahaja.

"Tetamu undangan saya tidak terhad kepada ahli sukan dan saya sudah bersedia untuk menyelitkan unsur hiburan dalam segmen berkenaan.

"Saya akui tidak mudah untuk saya bercakap tentang hiburan kerana ia bukan bidang saya.

Harap pendengar dapat menerima percubaan saya bersiaran di radio ini.

SAFEE SALI

BEKAS PEMAIN BOLA SEPAK KEBANGSAAN

"Namun, saya akan cuba melakukan yang terbaik dan berharap pendengar dapat menerima percubaan saya bersiaran di radio ini,” ujarnya.

Selain Super Safee Era, Era FM turut memperkenalkan segmen baharu hujung minggu termasuk Seram Sabtu Era iaitu kisah seram perkongsian daripada pendengar yang akan disampaikan oleh personaliti misteri, Throwbaek Era dan Soundtrek Era.

Dalam perkembangan lain, Pengurus Kandungan Era iaitu Hani Fadzil turut mengulas mengenai spekulasi berkaitan kedudukan stesen radio itu di Malaysia.

Ini selepas ada sebuah stesen radio swasta mendakwa mereka memegang kedudukan stesen radio nombor satu di Malaysia.

safeee2 - 1

Hani menjelaskan radio Era masih stesen radio nombor satu di Malaysia.

Kata Hani, jumlah pendengar ditentukan oleh GfK’s iaitu Pengukuran Pendengar Radio yang melakukan kaji selidik sebanyak dua kali setahun.

"Ramai yang tertanya-tanya dan ramai juga yang keliru berkenaan dengan kedudukan stesen radio terkini.

"Apa yang boleh saya jelaskan, sebanyak dua kali survey akan dijalankan kepada stesen-stesen radio dan

"Menurut keputusan GFK, memang radio Era adalah radio nombor satu dengan 5.7 juta pendengar setiap minggu," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain