suria

“Syukur, walaupun sedikit lambat”... Fasha Sandha bangga anak perempuan dah ‘naik’ al-Quran

Fasha meraikan kejayaan anaknya menyambung bacaan Quran.

PELAKON Fasha Sandha meluahkan rasa syukur dan teruja apabila anak keduanya iaitu Putri Raysha Jemyma sudah pandai mengaji dan kini menyambung bacaan al-Quran.

Kata Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, biarpun Jemyma agak lambat memulakan membaca al-Quran pada usia 8 tahun, dia tetap berbangga dengan pencapaian anak perempuannya itu.

"Syukur Alhamdulillah, walau sedikit lambat kerana pandemik terlalu lama sebelum ni, saya , Jejai dan Aidil tetap bersyukur dan bangga dengan semua anak-anak kami.

fasha1

Fasha bersama guru (kanan) yang mendidik anaknya belajar mengaji.

"Zaman sekarang dah tak macam kita dahulu , dulu saya naik al-Quran umur 6 tahun dan kalau salah kena rotan, tapi kini zaman berbeza, dengan pandemik lagi, jadi ibu bapa kini kena terima dan terus menghargai anak-anak," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, pelakon drama Rampas Cintaku ini turut mengucapkan terima kasih buat guru agama yang telah mendidik anaknya sehingga berjaya menyambung bacaan al-Quran.

ARTIKEL BERKAITAN: Jantung Fasha Sandha berdebar, impian berlakon dengan Erra Fazira tercapai

ARTIKEL BERKAITAN: Video kemesraan curi perhatian, peminat kagum tengok kejelitaan Fasha Sandha dan Nora Danish

"Terima kasih ustaz dan ustazah kerana membimbing anak kami. Syukur Alhamdulillah.

"Simpan sini (foto) untuk kenangan. Anakku sayang, semoga mendapat barakah dari Allah SWT," ujarnya.

Dalam foto dikongsi itu, turut kelihatan suaminya yang juga pelakon Aidil Aziz.

Malah, bekas suami iaitu Rizal Ashram atau Jejai turut sama hadir meraikan kejayaan anak mereka.

fasha2

Aidil (kiri) dan Jejai (kanan) turut sama meraikan kejayaan Jemyma.

Untuk rekod, Fasha dan Jejai pernah berkahwin pada 27 April 2012 namun mereka bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 10 dan Jemyma, 8.

Fasha kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aisha Amaira yang kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain