suria

[V] Puteri Sarah selalu berhubung dengan Syamsul selepas cerai, seronok tengok anak-anak gembira

PELAKON Puteri Sarah Liyana bersyukur hubungannya dengan bekas suami iaitu pengarah Syamsul Yusof lebih baik selepas mereka sah bercerai pada 14 Julai lalu.

Enggan memanjangkan kemelut yang pernah terjadi, Puteri Sarah, 38, berkata dia melihat satu perkembangan positif apabila Syamsul juga lebih kerap meluangkan masa bersama dua orang anak mereka.

"Selepas apa yang berlaku, Syamsul lebih kerap berjumpa anak-anak. Hubungan saya dengan dia juga lebih baik dan kami selalu berhubung memberitahu perkembangan anak-anak.

puteri sarah 44

Syamsul dan Puteri Sarah memilih jalan terbaik untuk berpisah.

"Saya melihat ia satu perkembangan yang baik dan tidak lagi seperti dahulu. Anak-anak juga sangat gembira, jadi saya mahu terus kekal begini,” katanya kepada mStar.

Puteri Sarah ditemui di majlis sidang media malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPH35) yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.

Tambah aktres ini lagi, dia dan Syamsul juga mengambil pendekatan untuk tidak menceritakan masalah yang pernah berlaku kepada anak-anak.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syamsul, Puteri Sarah cerai talak satu

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah ‘declare’ Syamsul jadi BFF, boleh harap tolong jaga anak-anak

"Tiada sebarang pertanyaan daripada anak-anak tentang apa yang berlaku. Biarlah mereka tahu secara natural. Anak-anak pun tidak terasa ketiadaan bapa sebab Syamsul selalu ada.

"Kalau boleh saya nak terus rapatkan hubungan Syamsul dan anak-anak. Kami pun tidak menetapkan tempoh masa untuk berjumpa anak," ujarnya.

Hubungan saya dengan dia juga lebih baik dan kami selalu berhubung memberitahu perkembangan anak-anak

PUTERI SARAH LIYANA

PELAKON

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dah hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan serta Sumayyah, 5.

Sementara itu Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin juga merancang untuk sekali lagi mengerjakan ibadah umrah selepas tamat tempoh edah.

puteri sarah 22

Puteri Sarah mulakan kehidupan lebih positif selepas bercerai.

"Umrah adalah cara terbaik untuk saya mulakan hidup baru. Saya mahu berdoa dan healing," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Puteri Sarah bakal tampil sebagai penyampai anugerah pada malam kemuncak ABPBH35 yang akan berlangsung pada 21 Julai ini bertempat di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain