suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu Engku Emran meninggal dunia

Mak mentua Noor Nabila meninggal dunia.

IBU kepada usahawan Engku Emran iaitu Salmah Abu Bakar meninggal dunia pada pagi Ahad.

Perkara itu dimaklumkan oleh isterinya iaitu Noor Nabila Mohd Noor menerusi Instagram miliknya namun tidak mendedahkan punca kematian Allahyarham.

sss

Engku Emran dan Nabila bernikah Mac tahun lalu.

Noor Nabila, 39, turut mendoakan agar Allahyarham ibu mentuanya itu ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

"Mohon sedekahkah Al-Fatihah untuk ibu mentua saya, Salmah Abu Bakar yang kembali ke rahmatullah pagi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah tangga didakwa kembali bergelora, apa jadi hubungan Engku Emran dan Noor Nabila?

ARTIKEL BERKAITAN: Spekulasi rumah tangga dengan Engku Emran kembali hangat, Noor Nabila padam semua gambar suami di IG

"Semoga Allah mengampuninya, rahmatinya, memaafkannya, memuliakan kematiannya, lapangkan kuburnya dan jadikan syurga sebagai tempat tinggalnya," tulisnya.

Nabila berkongsi berita sedih itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Sementara itu, Engku Emran dilihat mengirinya jenazah ibunya dalam van jenazah untuk di bawa ke tanah perkuburan.

Untuk rekod, Nabila mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran pada Mac tahun lalu dan masih belum dikurniakan cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain