suria

[V] Hattan terkenang Rohana nak makan tart nanas, kucupan terakhir buat Haiza rasa sayu

PENYANYI Datuk Hattan mendedahkan Allahyarham Rohana Jalil pernah meluahkan hasrat ingin menikmati tart nanas ketika datang menziarahinya di hospital bulan lalu.

Hattan atau Mohd Shukri Shahabudin, 58, berkata, ketika itu Rohana masih boleh berkomunikasi meskipun terlantar di atas katil malah sempat bergurau mengenai keadaannya yang hanya boleh minum susu.

"Bulan lepas saya ada pergi menziarahinya... dia masih boleh bercakap. Ketika itu dia ada beritahu nak makan kuih tart nanas.

"Dia juga secara bergurau memberitahu dia sekarang hanya boleh minum susu," katanya kepada mStar.

Hattan 1

Hattan ada kenangan indah bersama Rohana.

Mengimbau kenangan bersama penyanyi lagu Rayuanku itu, Hattan turut terkenang arwah pernah memberi hadiah sebuah topi yang dibeli di Itali dan masih lagi dalam simpanannya.

"Saya bergurau saja minta dia beli topi mafia. Tak sangka masa balik dia cakap dah belikan topi itu. Bila saya hendak bayar dia tolak pula.

"Saya masih simpan topi itu dan akan gunakan masa buat persembahan dan ia kenangan indah buat saya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami cadang ambil tindakan pihak cuai buat pembedahan terhadap Rohana sehingga jadi sebab kematian

ARTIKEL BERKAITAN: Kilafairy puas dapat jaga Rohana Jalil, ada 2 pesanan dipegang buat selamanya

Sementara itu, Haiza, 43, yang juga merupakan rakan rapat Rohana berkata dia sempat melawat arwah sebanyak dua kali semasa arwah dirawat di hospital.

Kongsinya arwah juga sempat meluahkan rasa sayang ketika itu malah pelbagai pesanan sepanjang perkenalan mereka juga antara yang dipegang sehingga ke hari ini.

"Masa raya keenam saya dapat mesej daripada Kila, arwah ingin berjumpa dengan saya. Ketika tiba di hospital dia minta untuk saya duduk rapat dengannya... dia nak cium saya. Dia cakap dia sayang saya.

Setiap kali majlis kahwin atau persembahan, saya mesti akan berduet dengan dia.

JAAFAR ONN

PENYANYI

"Saya duduk sebelah dia pegang tangan dia... masa itu dia masih sihat lagi sehinggalah saya dapat mesej lagi sekali yang tentang keadaan dia yang lemah tapi stabil.

"Kali kedua saya datang itu nampak perubahan dia terlalu drastik," ujarnya.

Dalam pada itu, Jaffar Onn, 71, pula berkata dia tidak akan melupakan kenangan saat diberi kesempatan berduet dengan arwah semasa sihatnya.

Jelasnya Jaafar, mereka selalu digandingkan bersama memandangkan menerima pemintaan daripada pihak penganjur majlis berkenaan.

"Setiap kali majlis kahwin atau persembahan, saya mesti akan berduet dengan dia. Saya rasa itu satu kepuasan yang saya dapat lakukan bersama.

jaafar 1

Jaafar takkan lupa kenangan bersama arwah.

"Walaupun ada orang cakap kenapa dia selalu berduet dengan saya sedangkan... saya ini tak beri apa-apa pun pada dia," kongsinya.

Pada malam Selasa, Rohana atau Dara Jalil, 68, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Selangor kira-kira pukul 11.33 malam.

Pada Isnin lalu, pengurusnya yang dikenali sebagai Jepun memaklumkan Rohana berada dalam keadaan stabil, namun keadaan tubuhnya dilaporkan terlalu lemah selepas disahkan mengalami kebocoran usus.

Rohana juga ketika itu tidak lagi menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana penggunaan mesin rawatan sudah tidak mampu merawat penyanyi itu.

Keadaan sekitar sewaktu pengebumian Rohana.

Kuman akibat kebocoron usus itu telah merebak ke beberapa organ utama seperti paru-paru dan buah pinggang.

Untuk rekod, Rohana mendirikan rumah tangga bersama Jahangir Khan dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shakira Idora dan Syakila Nisa atau lebih dikenali sebagai Kilafairy.

Rohana merupakan pemenang bagi pertandingan Bintang RTM pada 13 Januari 1981 yang diadakan di Auditorium Besar, Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Antara lagu-lagu yang pernah dipopularkan Rohana termasuk Musafir Lalu, Resah Ku, Naluri Cinta dan Jangan Main Mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain