suria

Jarang menyanyi lagu bahasa Melayu, Diana Danielle sahut cabaran dalam ‘Senandung Raya’

Diana terpaksa melakukan proses rakaman berulang kali.

MENGAKUI jarang menyanyikan lagu dalam bahasa Melayu, pelakon dan penyanyi Diana Danielle menganggap ia satu cabaran dalam penghasilan karya terbaharu berjudul Senandung Raya.

Meskipun perlu melalui proses rakaman berulang kali, Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 32, bersyukur kerana mendapat tunjuk ajar daripada komposer lagu berkenaan iaitu Amylea.

"Saya beritahu Amylea yang saya tak berapa bagus menyanyikan lagu bahasa Melayu berbanding Inggeris, tapi dia sangat membantu dan memberikan sokongan ketika proses rakaman.

diana 1

Diana harap lagu raya ini mendapat sambutan ramai.

"Saya membesar dan mendengar banyak lagu Melayu tetapi tidak menyanyikannya, jadi ia sangat sukar ketika berada di studio. Ada perkataan yang kedengaran bunyi bahasa Inggeris dan tidak kena untuk lagu ini.

"Namun selepas ulang beberapa kali kami dapat melakukannya dengan baik," katanya.

Tambah Diana, ini merupakan kali pertama dia bekerjasama dengan Amylea dan berdepan satu cabaran besar kerana perlu memahami kehendak penyanyi dan komposer itu.

Biarpun proses rakaman muzik video dilakukan di saat-saat akhir namun pelakon filem Imaginur ini berjaya menyiapkan lagu ini sehingga ia dilancarkan di semua platform digital sejak 7 April lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak lelaki nak ikut Farid raya di Kedah, peguam Diana Danielle sedia bincang capai persetujuan

ARTIKEL BERKAITAN: “Mencari penyelesaian bukan bermaksud kembali bersama” - Diana Danielle minta netizen tidak salah faham kenyataannya

"Cabaran MV ini adalah kerana ia dibuat pada saat akhir. Tapi penting untuk saya siapkan kerana saya mahu ia dikeluarkan sempena sambutan raya kali ini. Saya juga berbangga kerana dapat menyumbang idea dalam penghasilan MV.

"Pertama kali bekerjasama dengan Amylea juga satu cabaran kerana saya tidak pasti apa yang dia mahukan," ujarnya.

Ada perkataan yang kedengaran bungi bahasa Inggeris dan tidak kena untuk lagu ini

DIANA DANIELLE

PELAKON/PENYANYI

Berkongsi mengenai konsep MV itu, Diana berkata ia memaparkan situasi dan suasana sebenar seseorang yang sudah lama tidak pulang beraya ke kampung halaman.

Istimewanya, pihak produksi sebelum ini telah mengadakan satu peraduan dan berpeluang untuk merasakan suasana raya seorang pemenang di Kelantan.

diana 2

Diana tampil dengan konsep suasana raya sebenar di kampung.

"Konsep MV ini adalah kami nak paparkan apa yang dilakukan oleh orang ramai pada hari raya. Disebabkan itu, kami buat peraduan dan ikut pemenang berkenaan balik kampung di Kelantan.

"Kami mahu MV ini nampak real. Nak tunjukkan bagaimana rasa penuh kasih sayang meraikan hari raya dengan keluarga tercinta. Pendek kata, konsep MV ini sedikit tenang tapi penuh makna," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain