suria

Sudah 2 tahun Bad Indigo tak jejak bazar Ramadan kerana tiada parkir OKU… “Saya cuma rindu nak ke sana”

Bad rindu nak ke bazar Ramadan.

DUA tahun tidak mengunjungi bazar Ramadan, penyanyi Bad Indigo mengakui rindu namun terpaksa melupakan hasrat itu kerana tiada kemudahan tempat letak kereta bagi Orang Kurang Upaya (OKU) disediakan di kawasan berkenaan.

Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah, 48, berkata keadaan fizikalnya yang terbatas dan perlu bergerak menggunakan kerusi roda sedikit sebanyak mendatangkan kesukaran.

Lebih-lebih lagi jika dia perlu meletakkan kenderaan di kawasan agak jauh daripada lokasi bazar.

"Saya cuma rindu suasana nak ke bazar Ramadan kerana dengan keadaan saya sekarang, memang susah nak jejak ke bazar kerana tiada kemudahan parking OKU.

bad1 - 1

Perkongsian Bad di instagram miliknya.

"Kalau kena parking jauh, saya memang tak larat nak jalan. Lagi pun, saya pakai walker, jadi agak susah.

"Bukannya apa, kadang tengok orang muat naik gambar pergi bazar, timbul pula rasa rindu nak ke sana," katanya ketika dihubungi mStar.

Bad bagaimanapun tetap bersyukur kerana masih mampu membeli juadah berbuka puasa dengan bantuan rakan sekerja dan masyarakat disekelilingnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima jari kaki kiri dibuang gara-gara diabetes, Bad Indigo guna 'walker' untuk bergerak... Urus diri sendiri tak mahu susahkan Ashira

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya nak berjalan semula" - Bad Indigo tunggu luka kaki sembuh, harap dapat jari palsu

Dia yang kini bekerja sebagai pegawai jualan dan pemasaran di bengkel Reiber Auto Bukit Permai, Ampang, berkata hanya membeli makanan di restoran berhampiran atau membuat pesanan daripada rakan sekerja.

"Saya sekarang kerja di bengkel. Kalau budak-budak bengkel pergi beli juadah berbuka, saya pesan saja pada mereka.

"Kadang-kadang, saya bawa kerusi roda naik ke jalan besar untuk melihat apa juadah yang dijual di kedai makan sekeliling.

Kalau kena parking jauh, saya memang tak larat nak jalan. Lagi pun, saya pakai walker, jadi agak susah.

BAD INDIGO

PENYANYI

"Orang-orang dekat sini semua dah kenal saya. Kalau saya nak lintas jalan, mereka akan tahankan kereta untuk beri saya laluan. Alhamdulillah, mereka semua memang baik dan segala urusan saya juga dipermudahkan," ujarnya.

Dalam pada itu, Bad berharap agar pihak berkuasa lebih peka mengenai kemudahan untuk OKU di Malaysia.

"Saya tahu bukan mudah untuk pihak berkuasa menyediakan parking OKU di bazar Ramadan. Namun, sekiranya ada pihak-pihak yang boleh melihat akan masalah ini, saya harap mereka dapatlah lakukan sesuatu.

bad2 - 1

Bad masih mampu menguruskan diri sendiri.

"Sebelum saya jadi OKU, saya sendiri tidak tahu individu OKU berdepan dengan banyak masalah. Contohnya kalau saya ke pusat membeli-belah juga, banyak kedai yang sukar untuk saya masuk sebab sempit.

"Jadi saya akui kemudahan OKU di negara kita sebenarnya masih belum meluas dan mungkin kurangnya kesedaran tentang perkara ini," katanya.

Pada Januari 2021, Bad terpaksa menjalani pembedahan secara berperingkat memotong jari kakinya yang luka akibat penyakit diabetes di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Biarpun kini pergerakkannya terbatas, Bad sedaya upaya cuba untuk menguruskan diri sendiri tanpa mahu menyusahkan individu lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain