suria

Masalah tonsil sampai sukar bernafas, Andi Bernadee akhirnya serah diri jalani pembedahan

Andi menunggu masa sesuai untuk jalani pembedahan.

PENYANYI Andi Bernadee dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur sejak Rabu akibat penyakit tonsil yang dihidapinya sejak sekian lama.

Andi atau Andi Azrul Andi Mapangile, 32, berkata, dia akan menjalani pembedahan membuang tonsil namun masih menunggu masa sesuai memandangkan bahagian dalam mulutnya mengalami bengkak.

"Sekarang ini masih makan ubat antibiotik untuk surutkan bengkak. Kata doktor mungkin duar hari lagi saya akan menjalani pembedahan tonsil.

andi 3

Andi ambil tempoh berehat sebelum kembali aktif menyanyi.

"Sebenarnya saya sudah lama ada masalah tonsil tapi tak pernah ambil kisah pun. Kali ini agak teruk dan terpaksa juga masuk hospital bagi membuangnya," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Menceritakan keadaannya, Andi berkata, masalah tonsil yang dihadapi kali ini serius sehingga menyebabkan dia sukar bernafas ketika hendak tidur.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Terkena buatan orang dan ditipu buat Andi Bernadee mahu tinggalkan dunia seni, masih dalam proses ‘healing’

ARTIKEL BERKAITAN: Andi Bernadee rakam lagu ciptaan komposer Amerika, tampil genre balada dalam ‘Aku Di Sini’

Disebabkan masalah itu, dia pergi ke hospital dan terpaksa membatalkan beberapa undangan nyanyian sepanjang Ramadan.

"Kali ini memang teruk sampai sekat pernafasan masa tidur. Pagi Rabu saya memandu sendiri ke hospital sebab sudah tak tahan.

"Disebabkan dah masuk hospital, terpaksalah korbankan undangan nyanyian. Doktor nasihat perlu rehat sebulan tapi saya cuba penuhi undangan kalau keadaan mengizinkan.

Kali ini memang teruk sampai sekat pernafasan masa tidur. Pagi Rabu saya memandu sendiri ke hospital sebab sudah tak tahan

ANDI BERNADEE

PENYANYI

"Cuma bimbang berlaku masalah pendarahan dan menjadi lebih teruk,” ujarnya.

Tambah penyanyi lagu Raya Last Minit ini pembedahan yang bakal dilakukan tidak akan menjejaskan suaranya namun memberi kesan kepada percakapan.

"Selama ini dah memang ada tonsil, jadi bila dah buang nanti akan ada rasa tidak selesa sikit bila bercakap tapi doktor dah beritahu tidak akan ganggu suara, jadi tiada masalah untuk terus menyanyi,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain