suria

Sakit bukan alasan Fasha Sandha tangguh penggambaran, masih fikir gaji kru produksi… “Saya tak mahu sekat rezeki orang”

Fasha Sandha masih sakit dan akan dapat rawatan lanjut.

UMUM mengetahui pelakon Fasha Sandha sudah kembali ke lokasi penggambaran walaupun kecederaan di matanya masih belum pulih sepenuhnya.

Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 34, berkata, dia tidak mahu dirinya menjadi punca penggambaran telefilem bertajuk Anak Tuan itu tertangguh untuk tempoh yang lama.

Jelasnya, dia mahu semua pihak terutama pihak produksi mendapat bayaran mengikut jadual yang ditetapkan.

336009701_1137620727633495_7737560958226501840_n

Fasha sedia semangat jalani penggambaran semula.

"Saya selalu berfikir untuk permudahkan kerja orang kerana InsyaAllah kalau saya mudahkan kerja orang lain, Allah akan permudahkan kerja saya.

"Walaupun saya tidak sihat sepenuhnya selepas mengalami kecederaan mata, malah suami dan doktor tidak menggalakkan untuk kembali berkerja lagi.

"Kalau saya tidak jalani penggambaran, rezeki kru akan tertangguh. Walaupun rasa sakit sikit tapi yang penting saya memudahkan rezeki orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Cantik berkaca mata hitam, Fasha Sandha tetap hadir ‘Anugerah Drama Sangat 2023’ meski belum cukup sihat

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit pun Fasha Sandha tetap fikir kerja, gigih bawa skrip sampai ke hospital... Lega sudah dibenarkan pulang

"Saya fikir sekiranya tidak habiskan kerja ini dengan lebih awal, kru semua tak dapat bayaran. Biar saya sakit tapi tidak menyekat rezeki orang lain!" katanya.

Fasha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi raya dan pelantikan duta pakaian jenama Alfaro yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Selasa.

Menurut Fasha, pada awalnya suami iaitu aktor Aidil Aziz mempersoalkan tindakannya yang tidak mahu berehat selepas mengalami kecederaan di set penggambaran.

Saya sentiasa fikirkan keadaan orang lain barulah diri saya sendiri.

FASHA SANDHA

PELAKON

"Apabila saya sambung semula penggambaran drama itu, suami dan keluarga agak berat hati. Mereka tanya pada saya betul ke dah nak mula kerja kerana mata belum sembuh lagi.

"Saya sentiasa fikirkan keadaan orang lain barulah diri saya sendiri. Sampaikan saya pernah kena marah dengan orang di sekeliling saya termasuk mama saya.

"Malah selepas mengalami kecederaan itu perkara pertama saya fikir macam mana nak jalani penggambaran. Sepanjang 20 tahun dalam industri, tidak pernah lagi penggambaran tertangguh disebabkan saya akibatkan orang menunggu saya," kongsinya.

334518677_713649503577757_7296372575033948876_n

Fasha Sandha cedera bahagian mata semasa penggambaran.

Sebelum ini, Fasha mengalami kecederaan di bahagian mata sebelah kirinya ketika menjalani penggambaran telefilem bersama pelakon Azhan Rani.

Ketika kejadian, aktres berkenaan telah ditolak secara tidak sengaja oleh Azhan Rani sehingga kepala dan matanya terkena pada bucu katil.

Dalam perkembangan yang lain, Fasha yang dilantik sebagai duta pakaian jenama Alfaro memberitahu koleksi itu dijual pada harga berpatutan dan mesra pengguna membuatkan dia menerima tawaran tersebut.

336805421_2464706487028138_6004371921576348628_n

Fasha Sandha jadi duta Alfaro.

"Alhamdulillah pelantikkan duta saya sebagai yang pertama untuk jenama Alfaro ini saya berbesar hati dan bangga menjadi sebahagian dari pakaian ini.

"Seperti yang tahu Alfaro bukan sahaja menghasilkan pakaian yang berkualiti dan mampu milik serta rekaan yang sangat terkini eksklusif dari Dubai.

"Harga pun bermula dengan RM59 sehingga RM199. Selain abaya, mereka juga memiliki baju kurung, kurta dan baju Melayu sesuai digayakan pada hari raya akan datang," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain