suria

Cukup hanya dalam ‘Suamiku Lelaki Pendosa’, Gambit Saifullah tolak banyak watak lelaki songsang 

Gambit membawa watak mencabar dalam Suamiku Lelaki Pendosa.

PELAKON Gambit Saifullah mendedahkan dia pernah menerima beberapa tawaran perana sebagai lelaki songsang selepas kejayaan drama Suamiku Lelaki Pendosa.

Gambit atau Mohd Saifullah Rosli, 38, bagaimanapun berkata, dia menolak semua tawaran berkenaan kerana mahu mengekalkan eksklusiviti watak Izfairin yang dipegang menerusi drama tersebut.

"Lepas drama Suamiku Lelaki Pendosa saya ada terima beberapa tawaran watak sama tapi saya tolak kerana rasanya biar ia menjadi satu watak yang eksklusif.

"Kalau saya mahu kembali pegang peranan sebagai lelaki songsang mungkin dalam versi filem drama itu, kalau projek lain saya kena pertimbangkan dahulu," katanya kepada mStar.

gambit1 - 1

Gambit bersama trofi kemenangan.

Gambit berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media kempen Seindah Kasih Media Prima yang diadakan di Studio 3, Glenmarie, Shah Alam pada Sabtu.

Dalam pada itu, Gambit meluahkan rasa syukur kerana menerusi drama tersebut dia berjaya membawa pulang trofi kategori Pelakon Antagonis Terbaik di Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 yang berlangsung Ahad lalu.

"Saya nak ucapkan tahniah kepada para juri, barisan pelakon dan semua penonton. Semua pelakon telah berikan yang terbaik. Saya bersyukur dan saya rasa watak saya sangat mencabar.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Suamiku Lelaki Pendosa' menang besar, Meerqeen dan Anna Jobling pula 'Pasangan Drama Terbaik' Anugerah Drama Sangat 2023

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen berbalah 'fatwa' gara-gara katak, Gambit Saifullah kongsi pengalaman... "Rasa seperti ikan atau mungkin ayam"

"Sebenarnya bila saya dapat skrip, saya baca terlebih dahulu sebelum bersetuju untuk berlakon. Bila saya dapat watak itu, saya tahu ia hanya lakonan jadi tidak ada masalah pun," ujarnya.

Pun begitu, Gambit mengakui tidak mudah melakonkan watak sebagai lelaki gay apatah lagi peranan tersebut memerlukan dia menyintai suami orang.

Katanya lagi, dia berasa kekok melakonkan watak Izfairin disebabkan karakter sebenarnya disifatkan sebagai kasar.

Saya seronok bila dapat watak ni, saya tahu saya boleh buat walaupun saya 'straight'.

GAMBIT SAIFULLAH

PELAKON

"Saya tak nafikan membawa watak Izfairin itu membuatkan saya sedikit janggal, tapi bagi saya yang sedikit sukar kerana membawa peranan sebagai lelaki yang berperasaan perempuan.

"Saya yang kena buat move tu. Perkara itu sangat berbeza dengan diri saya sebab saya ni kasar orangnya.

"Saya rasa impak daripada karakter itu juga mencabar kerana saya tak bermain hanya dengan imaginasi dan emosi tetapi lebih kepada aspek teknikal," jelasnya.

gambit2 - 1

Gandingan serasi antara Aaron Aziz dan Gambit.

Sementara itu, aktor berkenaan juga memberitahu dia tidak membuat sebarang rujukan dengan menonton drama atau filem berkaitan dengan gay, sebaliknya mencipta sendiri personaliti bagi menjayakan watak tersebut.

"Saya seronok bila dapat watak ni, saya tahu saya boleh buat walaupun saya 'straight'.

"Percaya atau tidak, bila saya dapat watak ni saya bukan study cerita-cerita gay, saya buang semua persepsi itu dan hanya bermain dengan personaliti.

"Saya cipta satu trademark untuk membawakan personaliti itu tetapi babak-babak tersebut telah dipotong," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain