suria

Netizen berbalah 'fatwa' gara-gara katak, Gambit Saifullah kongsi pengalaman... “Rasa seperti ikan atau mungkin ayam”

Gambit meminta netizen berhenti menilai dan jadi Muslim yang lebih baik.

PELAKON Gambit Saifullah meminta netizen berhenti mengecam tindakannya yang menjamah seekor katak seperti dalam foto yang dimuat naik di media sosial pada Khamis. 

Menurut Gambit atau nama sebenarnya Mohd Saifullah Rosli, 34, tindakan tersebut dilakukan berikutan sedang menjalani latihan ketenteraan di sebuah hutan.

ARTIKEL BERKAITAN: Gambit Perjelas Arah Klip Video Unsur Lucah

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya Bukan Sombong Tetapi Pemalu" - Gambit

"Di dalam hutan, kem menyelamatkan diri sebagai pelatih dalam latihan.

"Berhenti menilai dan jadilah Muslim yang lebih baik," katanya.

Aktor filem Paskal ini menjelaskan perkara itu selepas tindakannya memuat naik foto sedang menikmati hidangan seekor katak mencetus kecaman netizen.

Gambit kini sedang menjalani program 'survival' di sebuah hutan.

Gambit memuat naik paparan itu menerusi laman Instagram pada Rabu selepas menyedari posting pertama dimuat naiknya menerima pelbagai reaksi netizen.

Selain itu, menerusi gambar berkenaan, Gambit turut menyamakan rasa daging katak itu umpama daging ayam dan ikan.

"Pertama kali makan katak. Rasa seperti ikan, atau mungkin seperti ayam," tulisnya.

Ekoran itu, rata-rata netizen berbalah soal hukum memakan haiwan dua alam selain menyifatkan ia perbuatan meloyakan.

Tidak kurang juga ada yang mengkritik dan mempertikaikan tindakan gambit memilih untuk memakan katak berbanding makanan lain seperti ikan.

Gambit, katak

Artikel Lain