suria

Penceraian bukan alasan bermasam muka, Fasha Sandha pesan wanita perlu ada sumber kewangan sendiri

Fasha masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas suami, Jejai.

PERNAH berhadapan dengan konflik rumah tangga menerusi perkahwinan terdahulu, pelakon Fasha Sandha antara selebriti yang berjaya mengekalkan hubungan baik dengan bekas suami iaitu Jejai demi menjaga kebajikan anak-anak.

Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, berkata penceraian bukanlah alasan untuk bermasam muka dengan bekas pasangan, sebaliknya mencari jalan damai demi anak-anak.

"Pada saya, setiap orang ada cara masing-masing. Macam saya, saya pilih untuk berdamai demi anak-anak supaya mereka dapat membesar dengan cara yang normal.

fasha2 - 1

Fasha masih mempunyai hubungan baik bersama bekas suami demi anak.

"Walaupun kami dah tak bersama dan saya pun sudah ada pasangan hidup baru, tapi anak-anak semua tahu yang kami berdamai dan hidup harmoni." katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Fasha memberitahu dia bersyukur kerana anak-anak memahami keadaannya dan bekas suami yang sudah tidak lagi bersama.

Kata Fasha, dia tidak pernah mengajar anak-anak untuk memahami situasi mereka, sebaliknya hanya menunjukkan contoh terbaik di hadapan anak-anak.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Cool' jer Fasha Sandha jawab netizen kata lebih cantik masa dengan bekas suami..."Zaman 20-an tak sama dengan 30-an"

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Perut bulat disangka hamil, Fasha Sandha sedih jadi mangsa 'body shaming'... Doa dikurniakan anak lelaki

"Saya tak fahamkan apa-apa pun kerana mereka boleh faham sendiri. Lagi pun, masa saya berkahwin dengan Aidil, mereka masih kecil.

"Anak-anak sudah faham yang mereka mempunyai dua ayah dan satu ibu. Walaupun ditakdirkan mereka ada dua ibu nanti, Insya Allah mereka boleh terima," ujarnya.

Macam saya, saya pilih untuk berdamai demi anak-anak supaya mereka dapat membesar dengan cara yang normal.

FASHA SANDHA

PELAKON

Mengulas lanjut tentang hubungan baiknya bersama Jejai atau Rizal Ashram Ramli, Fasha mengakui dia tidak mempunyai sebarang tip, namun menasihatkan wanita agar mempunyai sumber kewangan sendiri.

Jelas aktres itu, wanita harus kuat dan menerima takdir sekiranya jodoh mereka tidak berpanjangan.

"Saya sebenarnya tak pandai sangat fasal nak beri tip atau memberi nasihat. Tapi, apa yang saya boleh katakan kita harus maju ke depan dan hidup harus diteruskan.

fasha1 - 1

Fasha menasihatkan wanita untuk menjadi seorang individu yang kuat.

"Jadi, kalau ditakdirkan kita berpisah, kita harus belajar menerima yang jodoh kita hanya sampai di situ. Bagi pendapat saya, selalunya orang bekerjaya ini tidak akan ditindas," katanya.

Untuk rekod, Fasha dan Jejai berkahwin pada 27 April 2012 namun mereka bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 9, dan Putri Raysha Jemyma, 8 tahun.

Aktres itu kemudiannya berkahwin dengan aktor Aidil Aziz pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seoarang cahaya mata iaitu Aisha Amaira yang berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain