suria

Tidak cemburu pelakon lain lebih popular, Fara Nadiah elak kontroversi untuk dikenali

Fara jaga nama baik dan enggan terlibat dengan kontroversi.

MULA melibatkan diri dalam dunia seni sejak usia kanak-kanak, pelakon Fara Nadiah bagaimanapun akur nama masih belum cukup popular berbanding rakan-rakan artis yang baru sahaja muncul dalam industri.

Percaya pada rezeki, Fara atau Farah Nadiah Zulkifli, 22, dalam masa sama enggan mengambil jalan mudah dengan sengaja mencipta kontroversi supaya lebih dikenali.

"Mungkin bukan rezeki saya untuk menjadi popular seperti rakan artis yang sama usia. Saya percaya suatu hari nanti akan sampai tahap begitu. Saya percaya pada rezeki.

fara nadiah 3

Fara percaya rezeki untuk namanya lebih dikenali akan tiba.

"Sebab itu bukan sahaja perlu menjaga kualiti dalam lakonan, kita juga haruslah berusaha untuk mencapai satu tahap yang lebih tinggi dan dikenali.

"Saya memang cuba untuk elak dari terlibat dengan sebarang kontroversi. Namun kita tidak tahu apa yang akan terjadi di masa akan datang. Kalau boleh tak mahu nama dikenali dek kerana perkara viral yang tidak elok," katanya kepada mStar.

Tidak menolak kontroversi juga sebagai satu jalan 'marketing, Fara bagaiamanapun menganggap ia tidak perlu berlebihan sehingga melibatkan banyak pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Arnie Shasha tak guna kabel ibu bintangi ‘Harum Malam’, tetap kena uji bakat

ARTIKEL BERKAITAN: Kahoe Hon sanggup tinggalkan kerjaya di AS, balik Malaysia kejar impian jadi pelakon... “Masa muda kena rebut peluang”

Dalam masa sama dia juga yakin media sosial adalah medium terbaik untuk mempromosikan diri di zaman kini.

"Memanglah kontroversi satu perkara bagus untuk marketing, tetapi janganlah keterlaluan sehingga melibatkan ramai orang.

"Kita pun tak boleh nafikan ramai yang suka kontroversi. Namun kalau ada yang rancang nak buat sebegitu cukuplah sekadar dilakukan dengan orang terdekat sahaja.

Berlakon ini memerlukan bakat. Kepada sesiapa yang mahu terlibat dalam industri perlulah ada bakat kerana ia sangat penting.

FARA NADIAH

PELAKON

"Bagi saya kita perlu menjaga nama. Sebab itu saya lebih fokus kepada di sosial media. Dari situlah lebih ramai orang boleh kenal sekarang ini. Ada yang tidak mengenali saya sebagai pelakon tapi tahu saya sebagai influencer,"ujarnya.

Sebagai seorang yang telah memulakan kerjaya di usia muda, Fara turut berkongsi nasihat supaya mementingkan bakat bagi jika mahu serius terlibat dalam industri.

fara nadiah 2

Fara bergandingan dengan tiga hero dalam Irama Kita.

"Berlakon ini memerlukan bakat. Kepada sesiapa yang mahu terlibat dalam industri perlulah ada bakat kerana ia sangat penting," jelasnya.

Terbaharu Fara tampil dengan filem berjudul Irama Kita yang bakal ditayangkan di aplikasi Tonton.

Selain Fara, filem arahan Izuan Mokhtar itu turut menampilkan Aiman Tino, Kahoe Hon dan Ahmad Adly sebagai pelakon utama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain