suria

Rider ‘gentle’ berhenti selepas langgar Vellfire, Fasha Sandha cari nak bagi hadiah - “Kadang-kadang bukan nak suruh bayar, minta maaf sudah memadai”

Fasha berharap pemuda usia 19 tahun itu akan menghubunginya.

PELAKON Fasha Sandha sedang menjejaki seorang penghantar makanan selepas kisahnya melanggar sebuah kereta mewah tular di media sosial baru-baru ini.

Fasha, 39, berkata, sikap pemuda berkenaan yang tidak melarikan diri dan bertanggungjawab atas kesilapannya wajar diberikan pujian dan contoh kepada orang lain.

Disebabkan itu juga, Fasha ingin bertemu dengan pemuda tersebut dan memberikannya hadiah.

fasha 3

Status yang dikongsi Fasha mendapat perhatian ramai.

"Ada sesetengah rider lari selepas langgar cermin sisi kereta kerana risau kena bayar. Kadang-kadang kita bukan nak suruh bayar pun, minta maaf pun sudah memadai.

"Kepada adik ini, sila hubungi kakak. Saya ada hadiah nak bagi memandangkan awak baru 19 tahun dan rajin bekerja untuk keluarga," katanya.

Fasha meluahkan hasrat itu menerusi Instagram miliknya dan turut mengulang siar video kejadian berkenaan.

Kepada adik ini, sila hubungi kakak. Saya ada hadiah nak bagi memandangkan awak baru 19 tahun dan rajin bekerja untuk keluarga

FASHA SANDHA

PELAKON

Dalam pada itu, Fasha turut memuji sikap pemilik kenderaan Toyota Vellfire yang tidak meminta sebarang ganti rugi selepas pemuda berkenaan melanggar bahagian kiri kereta berkenaan.

Fasha yang terharu dengan sikap kedua-duanya turut menitipkan pesanan buat adik lelakinya sendiri agar mengamalkan perkara sama jika berdepan situasi serupa.

"Adik ini harus dijadikan contoh yang baik buat semua penunggan motosikal termasuk adik saya. Kalau terlanggar sila berhenti dan gentle.

fasha 2

Fasha turut berkongsi nasihat buat penunggang motosikal.

"Pujian buat abang kereta besar ini juga atas kemuliaan hatinya, bagi adik ini pergi tanpa bayaran," katanya.

Dalam video tersebut pemuda itu mengakui kesilapannya dan sanggup membayar berapa sahaja jumlah ganti rugi akibat kemalangan tersebut.

Katanya dia bekerja secara sambilan sebelum menyambung pelajaran selepas sambutan Syawal nanti.

Fasha turut memuat naik status di Instastory miliknya sebagai salah satu usaha mencari pemuda tersebut.

"Dimanalah adik VFX 8379? Mungkin dia tiada media sosial. Harap dapatlah DM (direct messege) adik ini. Semoga murah rezeki dia selalu," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Perut bulat disangka hamil, Fasha Sandha sedih jadi mangsa ‘body shaming’... Doa dikurniakan anak lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Cool’ jer Fasha Sandha jawab netizen kata lebih cantik masa dengan bekas suami...“Zaman 20-an tak sama dengan 30-an”

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Aslam tak mampu poligami - Abby Abadi