suria

“Lagi suka tengok cermin kereta kosong” - Gembira betul Fizo Omar tak perlu lagi tampal cukai jalan, sampai petik nama Azhan Rani 

Fizo Omar sokongan tindakan penukaran pelekat cukai jalan.

PELAKON Fizo Omar antara individu yang gembira dengan pengumuman kerajaan apabila pemilik kenderaan persendirian tidak lagi perlu melekat cukai jalan di hadapan cermin kereta.

Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar, 38, berkata, keputusan tersebut antara usaha baik kerajaan kerana selepas ini pemilik kenderaan tidak perlu bersusah payah menanggalkan pelekat berkenaan bagi menggantikan yang baharu kerana ia melecehkan.

"Selamat tinggal cukai jalan, tak perlu dah lepas ini cukai jalan fizikal nak kena tampal di cermin kereta. Senang, jadi taklah kita susah payah nak tanggal cukai jalan terutamanya bila nak menukar yang baharu.

"Lesen fizikal pun tak perlu dah selepas ini. Semua digitalkan lebih senang. Jadi tak adalah kelam kabut nak cari lesen bila ada sekatan jalan," katanya menerusi Instagram miliknya.

299241446_610747920421536_3169131061187912578_n

Netizen tak sokong perubahan pendigital Lesen Kenderaan Motor.

Pada Jummat, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan pendigitalan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian akan menyelesaikan aduan rata-rat pemilik dan pemandu kenderaan.

Mod paparan LKM digital (e-LKM) dan LMM digital (e-LMM) dilancarkan sebagai satu langkah pendigitalan dalam perkhidmatan teras Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

ARTIKEL BERKAITAN: “Kita dah ada keluarga masing-masing” - Fizo Omar pilih tak panjangkan isu sindiran Mawar Karim, enggan ungkit kisah lama

ARTIKEL BERKAITAN: Berita baik! Pelekat cukai jalan untuk kenderaan persendirian dimansuhkan, lesen digital lebih efisien

Dalam pada itu, Fizo turut memetik nama pelakon Azhan Rani yang sebelum ini memberikan cadangan bernas tersebut sekali gus membantu pihak kerajaan melaksanakannya.

Fizo turut mengucapkan tahniah atas tindakan pantas Anthony Loke, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), Ketua Pengarah JPJ iaitu Datuk Zailani Hashim berhubung keputusan tersebut.

321562980_1191151261609522_7373619747784947677_n

Fizo suka lihat cermin kereta bersih tanpa pelekat.

"Dan juga yang memberi cadangan iaitu abang Azhan Rani yang mengemukakan isu ini sehingga dipandang kerajaan. Selepas ini tiadalah orang nak usya cukai jalan kita lagi," katanya.

Tambah Fizo, dia lebih suka melihat keretanya yang kini bebas pelekat kerana kelihatan bersih pada pandangan matanya.

"Saya lebih suka tengok kereta kosong, bersih tak ada sticker yang penting lebih memudahkan kita. Tapi yang penting cukai jalan dan lesen kena hidup cuma digital. Tahniah kerajaan Malaysia!" ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain