suria

Terima markah terendah, Sabhi Saddi dan Fareed PF salah buat percaturan di pentas ‘Famili Duo’… “Kami tak mahu sama saja”

Sabhi Saddi mahu bakat adik lebih menyerlah dalam Famili Duo.

REDA menerima komen pedas juri di pentas Famili Duo, dua beradik iaitu Sabhi Saddi dan FareedPF K-Clique cekal meneruskan saingan dalam program nyanyian itu.

Mengulas mengenai persembahan pada minggu keempat, Sabhi, 38, berkata mereka berani membawa kelainan menyampaikan lagu Dealova kerana ingin menonjolkan bakat adiknya Fareed.

"Saya tidak mahu hanya saya ke depan, kita kan dalam Famili Duo... Berduet. Saya tak nak asal menyanyi saya sahaja.

324108678_883703742749499_4619132646769487566_n

Sabhi dan Fareed PF akui silap percaturan di minggu keempat.

"Saya pun nak tunjukkan bakat adik saya. Orang kena faham bila atas pentas nervous dia lain. Mungkin itu yang kawal diri kita," katanya.

Sabhi Saddi dan FareedPF K-Clique ditemui selepas selesai persembahan Famili Duo di Plaza Sentral Shah Alam pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Sabhi berharap adiknya lebih menonjol pada minggu ini dan tidak hanya fokus kepada rap sahaja.

ARTIEKL BERKAITAN: [V] Baru minggu pertama dah kena maki, Janna Nick pertahankan diri tuduhan bingit kendali ‘Famili Duo’

ARTIKEL BERKAITAN: Sedia terima komen pedas juri ‘Famili Duo’, Shaffiq Erwin akui terbeban bawa gelaran guru vokal

"Bagi kami percaturan dibuat itu salah, kami tidak mahu buat yang sama sahaja itu yang kami tampil kelainan," katanya lagi.

Tambah Sabhi, perubahan lagu pada saat akhir mungkin menjadi faktor mereka mendapat markah tercorot.

"Kalau ikutkan pemilihan kami lagu yang lebih kekecewaan bukan tema cinta, kami tukar lagu minit akhir. Untuk persembahan kali ini kami juga tidak mengharapkan apa-apa," ujarnya.

320673408_682122643355240_6126926636684984168_n

Sabhi dan Fareed janji akan puaskan hati peminat dan juri.

Bagaimanapun, dua beradik ini berjanji akan memberikan persembahan terbaik pada minggu depan yang bakal mengangkat tema dangdut.

Famili Duo dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee manakala Ajai serta Mas Idayu sebagai juri tetap.

Rancangan ini disiarkan secara langsung menerusi TV3, pada setiap Ahad, pukul 9 malam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain