suria

Bertengkar dipercayai punca kekasih pelakon tercampak keluar dari Myvi

Kemalangan membabitkan seorang pelakon dan kekasihnya.

SEORANG pelakon sambilan berusia 30 tahun ditahan polis pada Selasa susulan kesalahan memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kemalangan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Hulu Kelang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata dalam kejaadian tersebut selebriti lelaki berkenaan memandu kereta jenis MyVi dan kemalangan turut membabbitkan dua kenderaan lain.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Myvi dipandu selebriti lelaki yang juga pelakon sambilan berusia 30 tahun itu menukar lorong secara tiba-tiba hingga hilang kawalan.

pelakonn

Kejadian berjaya dirakam pengguna jalan raya.

"Pemandu Myvi itu ditahan untuk siasatan lanjut. Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Pencegahan Jenayah (KPJ) akan dipohon,"katanya

Hasil siasatan awal pihak berkuasa mendapati kejadian berpunca apabila pelakon terbabit bertengkar dengan kekasihnya di dalam kenderaan tersebut.

Dalam kemalangan yang berlaku itu, wanita berusia 25 tahun itu juga tercampak keluar dari kenderaan yang dinaiki.

ARTIKEL BERKAITAN: Ikmal Amry kemalangan, kereta terbalik dalam perjalanan ke Melaka... syukur isteri dan anak selamat

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh jadi punca kemalangan, mangsa langgar kecewa Ikmal Amry buat tak tahu... “Apabila call, dia suruh cakap dengan bapa”

"Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku akibat kecuaian pemandu Perodua Myvi yang memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan.

"Difahamkan ketika kejadian, lelaki itu bertengkar dengan kekasihnya yang juga penumpang wanita yang tercampak dalam kejadian itu," ujarnya.

Hasil ujian awal air kencing dilakukan terhadap suspek berkenaan didapati negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak berkuasa juga meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut untuk tampil menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, bagi membantu siasatan.

Sebelum ini tular video memperlihatakan cara pemanduan melulu pelakon tambahan tular di media sosial sejak Rabu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain