suria

Kongsi video tengah lipat kain, peminat ajak Hafreez Adam kahwin

Hafreez Adam terima lamaran dari peminat selepas kongsi dirinya sedang lipat baju.

GARA-GARA berkongsi dirinya sedang melipat pakaian, pelakon Hafreez Adam mendedahkan dia menerima lamaran daripada salah seorang pengikut wanita di Instagram.

Hafreez atau Hafreez Adam Aizat Zahalan, 32, berkata, mesej seperti itu membuatkan dia jarang berkongsi hal peribadi di media sosial sebelum ini.

Katanya, disebabkan itu juga dia lebih selesa berkongsi mengenai perjalanan karier berbanding peribadi kepada umum.

Hafreez dedah punca dirinya jarang kongsi hal peribadi.

"Sebab itu Abe (bahasakan dirinya) tak selalu sangat update benda peribadi. Selalu post pasal kerja sahaja. Tapi bila post pasal kerja banyak pun orang berbunyi juga.

"Ini bila kongsi kehidupan luar kerja, macam ini pula jadinya," katanya.

Perkara itu dikongsikan Hafreez menerusi akaun Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi DM luahan perasaan wanita di IG, Hafreez Adam mohon maaf lupa tutup gambar... Tiada niat nak malukan

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu jadi kontak rapat pesakit Covid-19, Hafreez Adam tetap kuarantin walaupun keputusan negatif

Dalam perkongsian tersebut, Hafreez turut memuat naik tangkap layar mesej pengikut yang membalas Instastory miliknya dengan mengajak pelakon berkenaan berkahwin.

"Dah tak fasal-fasal orang ajak kahwin. Nak terima ke tak ni," katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya meminta agar Hafreez menerima lamaran tersebut.

Hafreez terima lamaran dari peminat.

Malah, mereka juga ternanti-nanti majlis perkahwinan aktor berkenaan.

"Mantap! Terima jelah. Nanti boleh cerita dekat wartawan "dia lamar saya dulu".

"Kami tak sabar nak tengok Abe kahwin ini. Kalau dah jodoh apa salahnya," kata netizen.

Sebelum ini, Hafreez juga ada berkongsi tangkap layar mesej seorang wanita yang meluahkan perasaan terhadapnya di TikTok.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain