suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aliff Syukri tayang badan sado... patut lama hilang, rupanya sembunyi di gim

Datuk Aliff Syukri aktif bersenam untuk dapatkan badan ideal.

SELEPAS agak lama menyepi daripada sebarang kontroversi, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri rupa-rupanya sedang sibuk membina otot badannya di pusat kecergasan.

Menerusi perkongsian terbaharu Aliff di Instagram, usahawan itu menunjukkan dia sedang giat bersenam di sebuah bilik gim dengan melakukan beberapa jenis senaman termasuk mengangkat beban.

Bukan itu sahaja, dia turut menunjukkan perubahan tubuhnya yang dahulu sedikit berisi namun kini terlihat lebih berotot.

Aliff Syukri tunjuk perubahan badan dari berisi ke ideal.

Ini termasuk menayang otot di kedua-dua bahagian lengannya yang semakin besar.

"Panggil saya coach Aliff... Jom saya ajar gim," katanya di Instagram.

Bagaimanapun, seperti biasa, apa sahaja yang dilakukan usahawan kontroversi itu tidak disenangi segelintir pengikutnya dan tetap mencari kesalahannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri tak serik sumbang suara, kali ini kolaborasi dengan Caprice pula... “Saya ada peminat sendiri”

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri minta dibicarakan, mengaku tak bersalah muat naik video sumbang di Instagram

Kali ini, mereka mengatakan seluar dipakai Aliff terlalu seksi dan tidak sesuai untuk tatapan umum yang jelas mendedahkan aurat.

Tidak hanya itu, cara senamannya juga dikatakan tidak bersesuaian.

"Aurat itu Datuk, tanya anak aurat lelaki bahagian mana. Labuhkan sikit seluar itu.

sheezan-tunisha

Cara senam Aliff Syukri buat warganet bimbang.

"Seksinya Datuk tapi salah teknik itu, dah lari urat susah nak betulkan.

"Datuk ini elok saja, jangan bagi dia keluar suara hilang terus macho tapi lawa badan Datuk," antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain