suria

Hati ibu Syamsul hancur kenang nasib Puteri Sarah dan dua cucu - “Tergamak hati manusia lihat keluarga ini ditinggalkan”

Fatimah mendoakan menantu dan cucu-cucunya diberikan kekuatan.

KEMELUT rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan pengarah tersohor Syamsul Yusof nampaknya masih belum menemui pengakhiran apabila ia terus hebat diperkatakan.

Terbaharu, ibu Syamsul iaitu Datin Fatimah Ismail sekali lagi meluahkan rasa kesal apabila memikirkan bagaimana seorang manusia tergamak menghancurkan kebahagian menantu dan dua cucunya.

"Tergamak hati manusia melihat keluarga ini ditinggalkan, hancurnya hati.

sarah2 - 1

Foto perkahwinan Sarah dan Syamsul.

"Ya Allah, Engkau berilah kebahagian untuk isteri dan anak-anak ini. Amin," katanya.

Fatimah berkongsi perkara itu meneerusi Instagram selain memuat naik foto memperlihatkan Puteri Sarah dan anak-anaknya sedang bercuti di Tokyo, Jepun.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Puteri Sarah sanggah gila harta Syamsul Yusof, ibu mentua pula kenang nasib cucu - "Ada tangan kejam memisahkan mereka"

ARTIKEL BERKAITAN: Hajat bawa anak-anak ke Disneyland tercapai, Puteri Sarah seronok bercuti di Jepun - "Dekat sini popcorn sedap"

Dalam pada itu, Fatimah turut menitip doa buat Puteri Sarah dan cucu-cucunya agar mereka terus diberikan kekuatan dan kebahagiaan.

"Ya Allah, berikan kekuatan kepada seorang isteri dan anak-anak yang ditinggalkan ini, semoga mereka menemui kebahagiaan yang abadi," ujarnya.

Terdahulu, Puteri Sarah menerusi hantaran di Instagram pada Isnin memberitahu meskipun kemelut rumah tangganya masih belum ada jalan keluar namun bersyukur kerana dapat melunaskan hajat membawa anak-anaknya ke Disneyland Jepun.

sarah1 - 1

Kenyataan Fatimah yang dimuat naik di instastory.

Puteri Sarah mendedahkan menerima pelbagai mesej peribadi daripada pengikutnya mendakwa Syamsul sudah berkahwin dengan Ira Kazar.

Bagaimanapun, Syamsul tampil menyangkal perkara itu dan menyifatkan ia sebagai fitnah selain mahu mengambil tindakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berjumlah RM10 juta atas dakwaan membocorkan maklumat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain