suria

Pantang ‘terkucil’ berduyun datang kritik, Nabila Razali teruskan kelas vokal 

Nabila Razali masih menghadiri kelas vokal bagi memperbaiki diri.

SEDAR akan kelemahan diri yang sering 'terkucil' ketika menyanyi live di atas pentas, penyanyi Nabila Razali memberitahu dia tidak pernah berhenti daripada menghadiri kelas vokal.

Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 30, berkata, dia mahu meningkatkan kualiti serta teknik nyanyian kerana tidak mahu dilabel sebagai penyanyi yang tidak berbakat.

"Selepas insiden 'terkucil' yang berlaku sebelum ini, Bella mula belajar tentang lagu apa yang sesuai dengan vokal saya.

Nabila tidak mahu dilabel penyanyi yang tidak mempunyai bakat

"Bella juga tidak pernah berhenti daripada menghadiri kelas vokal sebab saya mahu buat yang terbaik. Saya tak mahu orang bosan dengan saya dan kata saya tiada kelebihan sebagai penyanyi," katanya kepada mStar.

Baru-baru ini, nyanyian Nabila menerusi single terbaharunya, Aku Terluka turut mendapat kecaman ketika membuat persembahan pada majlis pelancaran lagu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali ‘terluka’ komen jahat netizen, bukan sengaja nak nyanyi sumbang

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali muat naik foto bersama lelaki dalam busana pengantin, kahwin rahsia atau gimik?

Dalam pada itu, mengulas mengena duet bersama penyanyi Indonesia iaitu Keisya Levronka menerusi lagu Tak Ingin Usai, Nabila berkata, dia turut menerima pelbagai kecaman netizen.

Pun begitu, penyanyi ini tetap meluahkan rasa bangga kerana diberi peluang bekerjasama dengan Keisya dan kecaman tidak melemahkan semangatnya.

Nabila hargai peminat yang sentiasa menyokong karya barunya

"Memang sambutan bagus tetapi masih ada juga yang kecam kata Bella tak perlu berduet dengan Keisya.

"Pada pendapat saya, kecaman memang tak boleh nak halang tapi saya fokus kepada orang yang sokong dan sentiasa menantikan karya baru daripada saya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nabila memberitahu dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran drama terbaharunya bergandingan dengan Aedy Ashraf yang akan ditayangkan di TV3.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain