suria

Video cekap guna bahasa isyarat dapat perhatian peminat, A. Aida sendiri kagum dengan Ismail Izzani... buktikan diri serius bergelar pelakon 

Ismail bakal membintangi drama terbaharu A. Aida Production.

PENERBIT A.Aida memuji kecekapan pelakon Ismail Izzani mempelajari bahasa isyarat untuk watak terbaharunya menerusi drama Bukan Hanya Sekadar Cinta yang sedang dalam proses penggambaran.

A. Aida atau Zaidah Awang, 52, berkata, walaupun diberi tugasan belajar dalam masa singkat namun Ismail, 22, berjaya membuktikan diri berjaya melakukannya dengan baik.

"Saya memang puji lakonan Mael (Ismail) berbahasa isyarat kerana dia dapat belajar dengan cepat. Mungkin juga kerana usianya yang masih muda membuatkan otaknya cepat tangkap.

mael1 - 1

Ismail berlakon bersama Sofia Dendroff.

"Dalam drama ini, Mael bukanlah seorang yang bisu, tetapi dia terpaksa menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan ibunya yang sudah tidak lagi boleh bertutur," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, A. Aida memberitahu pihak produksi mengupah seorang guru jurubahasa isyarat bertauliah untuk memberi tunjuk ajar kepada Ismail di set penggambaran drama tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: CEO Awesome TV berdepan saman... "Jangan sibuk jaga hal orang, bayar dulu hutang produser" – A. Aida

ARTIKEL BERKAITAN: Buang masa jawab kontroversi cium, Ismail Izzani akhirnya mengaku salah

Menerusi adaptasi novel 28 episod itu, Ismail dan pelakon Dian P. Ramlee perlu mempelajari bahasa isyarat bagi mendalami watak mereka dengan baik.

"Setiap hari satu jam sebelum bermula penggambaran, Mael dan Dian akan diajar oleh seorang jurubahasa isyarat.

"Bayangkan setiap babak yang memerlukan mereka berbahasa isyarat, dengan hanya satu jam sahaja pelakon-pelakon saya dapat memainkan watak mereka dengan berkesan," ujarnya.

Saya memang puji Mael kerana dia dapat belajar dengan cepat. Mungkin juga kerana usianya yang masih muda membuatkan otaknya cepat tangkap.

A. AIDA

PENERBIT

Sebelum itu, A. Aida turut memuat naik sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya memuji kehebatan aktor muda itu.

"Wah, walaupun last minute belajar bahasa isyarat, cepat betul Mael belajar. Nantikan drama ini akan datang..," tulisnya.

Drama terbitan A. Aida Production itu turut dibintangi oleh Sofia Dendroff dan pendatang baharu, Muaz Zabir.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain