suria

Ahmad Idham terus jadi ‘suara’ rakyat PD, tetap pertahankan usaha hab Pendidikan Khas

Pembangunan Pendidikan Khas antara usaha yang Idham mahu jalankan di PD.

KEGAGALAN merebut kerusi Parlimen Port Dickson dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini tidak mematahkan semangat Dr Ahmad Idham untuk berusaha menjadikan kawasan tersebut sebagai hab Pendidikan Khas.

Idham atau Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 48, sebaliknya berjanji akan terus menggerakkan perancangan dibuat sejak namanya diumumkan sebagai calon bertanding sekali gus menjadi ‘suara’ bagi masyarakat di sana.

“Saya komited untuk menjadikan Port Dickson sebagai hab Pendidikan Khas yang utama dan akan berperanan sebagai pendesak kepada masyarakat di sini.

idham 1

Idham akan terus komited bersama masyarakat PD.

“Saya akan terus menggerakkan usaha yang telah dimulakan di sini (Port Dickson),” katanya.

Idham menulis janji tersebut menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan PRU15 [Tak Rasmi]: Impian Ahmad Idham, Rani Kulup jadi wakil rakyat dihujung tanduk, Rafiei mendahului di Port Dickson

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 7 tahun genggam PhD, Ahmad Idham ada ‘resipi’ bangunkan Port Dickson

Pada PRU15 yang diadakan pada Sabtu, Idham yang bertanding atas kerusi Pejuang di bawah parti Gerakan Tanah Air sekadar memperoleh 1,084 undi.

Calon Pakatan Harapan (PH) iaitu Datuk Serik Aminuddin Harun diumumkan sebagai ahli parlimen baharu selepas menang dengan majoriti 23,601 undi.

Saya menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka!

DR AHMAD IDHAM

PELAKON/PENERBIT

Menerima kekalahan itu dengan hati terbuka, Idham dalam masa sama menyampaikan penghargaan buat warga tempatan yang telah memberi sokongan kepadanya.

“Semalam (Sabtu) rakyat Malaysia telah menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam PRU15. Saya menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka!

idham 3

Antara aktiviti Idham ketika tempoh kempen PRU15.

“Saya mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada warga Port Dickson yang telah memberikan kepercayaan kepada saya dengan undi kalian,” jelasnya.

Parlimen Port Dickson menyaksikan persaingan lima penjuru antara Idham, Aminuddin, Datuk P. Kamalanathan (Barisan Nasioanl), Rafiei Mustapha (Perikatan Nasional) dan Rani Kulup (Bebas).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain