suria

Lalui fasa paling buruk, Ajoi Zainal belum ada kekuatan kongsi derita berdepan masalah mental

Ajoi tetap jalankan tanggungjawab mengundi pada Sabtu.

PENYANYI Ajoi Zainal mengakui melalui fasa paling buruk dalam dirinya sejak tiga bulan kebelakangan ini akibat masalah kesihatan mental seperti yang pernah dikongsi sebelum ini.

Ajoi atau Qaidzul Zainal Abidin, 24, menyifatkan dia seperti berada dalam tempat gelap akibat masalah itu sehingga menyebabkan dia sukar ‘keluar’ daripadanya.

“Tiga bulan lebih ini adalah fasa paling teruk dalam hidup saya. Terima kasih kepada yang memberikan kata-kata semangat selepas saya membuat pengumuman tentang masalah kesihatan mental.

ajoi 3

Ajoi masih kunci mulut dan enggan ulas tentang masalah kesihatan mental.

“Ia bagai berada dalam tempat gelap dan mungkin akan berlarutan lebih lama. Namun anda mengingatkan saya walau apa yang terjadi pasti akan ada cahaya,” katanya.

Ajoi berkata demikian menerusi satu hantaran di Instastory pada awal pagi Ahad.

Dia sebelum itu dilihat turut keluar menjalankan tanggungjawab membuang undi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Peserta Big Stage 2022 Ajoi Zainal mohon masa selesaikan masalah, dedah punca hilangkan diri sempena Hari Kesihatan Mental

ARTIKEL BERKAITAN: Ajoi Zainal alami tekanan, seminggu tak sentuh telefon selepas tiba-tiba pitam di Big Stage 2022

Peserta program Big Stage 2022 (BS2022) ini juga masih belum bersedia untuk berkongsi lanjut tentang dirinya meskipun menerima banyak pesanan bertanya khabar di laman sosial.

“Saya terima banyak direct messege sebelum ini dan tidak membaca kerana ketika itu mental belum bersedia. Sekarang ini bila tengok macam rasa ada orang potong bawang di sebelah.

Saya harap dapat membalas jasa anda semua. Saya tidak sabar untuk membuat kemunculan pertama

AJOI ZAINAL

PENYANYI

“Insya Allah saya akan kongsi apa yang terjadi bila sudah rasa selesa nanti,” jelasnya.

Ajoi sebelum ini mendedahkan masalah yang dihadapi itu sempena dengan Hari Kesihatan Mental 2022 pada 10 Oktober lalu.

Disebabkan perkara tersebut dia tidak berkongsi sebarang perkembangan peribadi di media sosial atau menjawab panggilan.

ajoi 2

Ajoi tidak sabar untuk kembali aktif dalam dunia seni.

Terkini Ajoi meluahkan rasa tidak sabar untuk melancarkan lagu pertama selepas tamat program BS2022.

“Saya harap dapat membalas jasa anda semua. Saya tidak sabar untuk membuat kemunculan pertama,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain