suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keputusan PRU15 [Tak Rasmi]: Impian Ahmad Idham, Rani Kulup jadi wakil rakyat dihujung tanduk, Rafiei mendahului di Port Dickson

Ahmad Idham dan Rani Kulup tewas di Port Dickson.

CALON Perikatan Nasional (PN) Rafiei Mustapha mendahului Parlimen Port Dickson setakat pukul 10.30 malam.

Rafiei memperolehi 5537 undi diikuti Datuk Seri Aminuddin Harun daripada Pakatan Harapan (PH) dengan 5531.

Datuk P. Kamalanathan daripada Barisan Nasional (BN) mendapat 4188 undi.

Dua lagi calon yang bertanding iaitu pelakon dan pengarah Dr Ahmad Idham daripada Pejuang Tanahair hanya mendapat 184 undi manakala Rani Kulup sebagai calon Bebas dengan 222 undi.

Untuk rekod, proses membuang undi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah bermula pada pukul 8 pagi bagi Semenanjung dan 7.30 pagi bagi Sabah dan Sarawak.

Proses pengundian ditutup secara rasmi pada 6 petang.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain