suria

[V] Puteri Sarah dedah ada ahli keluarga Kazar akan diheret ke mahkamah

PELAKON Puteri Sarah Liyana membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh aktor Kazar Saisi yang berpendapat kemelut rumah tangganya dengan Syamsul Yusof sebagai satu isu kecil.

Bagi Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, perkara tersebut sudah dibawa ke mahkamah dan ia bukanlah satu hal yang boleh dipandang ringan.

"Pada dia mungkin ini perkara kecil, tetapi tidak kepada pihak mahkamah. Kalau masalah kecil kenapa perlu sampai ke mahkamah.

Ira (kiri) didakwa menjadi punca rumah tangga Sarah dan Syamsul bermasalah.

Ira (kiri) didakwa menjadi punca rumah tangga Sarah dan Syamsul bermasalah.

"Saya malas nak komen lanjut. Apa sahaja kenyataan eloklah bawa ke mahkamah," katanya.

Sarah ditemui ketika majlis sambutan ulang tahun jenama Body Flasshh yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Rabu.

Kazar sebelum ini dalam satu temubual berharap agar masalah yang turut mengaitkan anaknya itu iaitu Ira Kazar dapat diselesaikan secara baik antara mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggap kontroversi melanda anak bukan masalah besar, Kazar mohon semua pihak berdamai

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan masalah besar sangat meruntuhkan rumah tangga orang...” Puteri Sarah minta netizen bincangkan kenyataan Kazar

Ira adalah nama yang disebut sebagai punca berlaku masalah dalam rumah tangga pasangan ini.

Susulan kemelut yang melanda, Sarah membuat dua aduan terhadap Ira iaitu di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atas dakwaan penglibatan orang ketiga dalam rumah tangganya manakala di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dakwaan melakukan gangguan.

Bercakap mengenai perkembangan kes berkenaan, Sarah meluahkan rasa lega apabila semuanya berjalan lancar meskipun terpaksa menunggu tarikh perbicaraan yang dijangka berlangsung pada Ogos 2023.

Dia masih menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa

PUTERI SARAH LIYANA

PELAKON

"Syukur semuanya on track. Walau perbicaraan masih lama, tapi ada perintah injunksi. Jadi saya rasa ia sebagai pelindung.

"Saya juga ingin maklumkan pihak sana akan dikenakan tindakan susulan seorang keluarga mereka mengeluarkan kenyataan tentang saya di media sosial baru-baru ini," ujarnya.

Sementara itu Sarah enggan memberi komen tentang status hubungan dengan suaminya yang terus menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat apabila kedua-dua dilihat tidak lagi bersama dan sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Sarah akui kini jalani kehidupan yang lebih baik.

Sarah akui kini jalani kehidupan yang lebih baik.

Dia bagaimanapun memberitahu Syamsul masih menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa.

"Saya no comment (hubungan dengan Syamsul). Dia masih berjumpa dan hubungi anak-anak. Dia masih menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa.

"Anak-anak pun tidak bertanya tentang hubungan kami kerana mereka tahu ayahnya memang sibuk sejak dahulu. Sekarang ini kalau saya sibuk di lokasi, Syamsul akan meluangkan masa bersama anak-anak," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain