suria

Gegar Vaganza musim ke-9 tambah seminggu lagi, final 27 November 2022

Final GV9 bakal berlangsung pada 27 November 2022.

PROGRAM realiti Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) membuat kejutan apabila pertandingan ditambah satu minggu lagi.

Perkara itu diumumkan oleh pengacara GV9, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein ketika pembukaan GV9 minggu kelapan pada malam Ahad.

Kata Nabil, pentas akhir GV9 sepatutnya diadakan pada 20 November ini namun dianjakkan pada minggu berikutnya iaitu 27 November 2022.

"Sepatutnya suku akhir pada hari ini tapi pihak Astro menambah seminggu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Gaya persembahan terikut-ikut penyanyi asal, Tom tersingkir minggu ketujuh GV9

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tongkat milik arwah bapa kekuatan Dina Nadzir teruskan persembahan di GV9

"Konsert akhir sepatutnya berlangsung pada 20 November tetapi ditukar kepada 27 November 2022," katanya.

Sehingga minggu kelapan, masih ada sembilan lagi peseta yang berjuang merebut gelaran juara.

Untuk rekod, penambahan minggu pernah dibuat pada musim keenam pada 2019.

GV9 disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104), Ria HD (123) pada setiap Ahad, 9 malam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain